Resipi Sambal Belacan Yang Gerenti Tidak Mengecewakan

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi sambal belacan yang gerenti tidak akan mengecewakan. Rasanya cukup lengkap masam tomato dan pedas cili.

Sambal belacan ini sedap dimakan dengan nasi berlaukkan kuah lemak dan ayam goreng atau ikan goreng. Cubalah!

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN
Minyak masak untuk menggoreng
1 labu bawang besar
Segenggam cili padi hijau
5 biji cili besar merah
Segenggam cili padi merah
2 inci belacan kampung
1 biji tomato
4 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa

CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bawang besar, cili padi hijau, lada merah, cili padi merah dan belacan. Tujuan digoreng adalah supaya sambal belacan tidak maung dan tidaklah mudah sakit perut. Goreng sehingga layu.
2. Kemudian masukkan tomato sehingga tomato layu.

Goreng semuanya sehingga layu.

3. Selepas itu, angkat semua bahan yang digoreng tadi.
4. Masukkan dalam mesin pengisar. Tambahkan gula, garam dan air asam jawa. Kemudian kisar tapi tidak terlalu halus.
5. Siap untuk dihidang.

Siap. Boleh simpan dalam peti sejuk kalau tak habis dimakan.

Selamat mencuba!

Untuk lebih detail, boleh tonton video di bawah.
https://youtu.be/h3YZk1ypPJQ

Sumber: Nurul Jannah melalui Rasa Share Resipi

IKLAN