Resipi Roti Sosej Cheese Meleleh Paling Sedap & Mudah Nak Buat.

Share

Sajian yang cukup mudah untuk dibuat tanpa memerlukan masa yang lama. Gabungan keju, roti, sosej dan telur menghasilkan hidangan yang cukup lengkap untuk sarapan atau makan malam anda. Nak buat untuk minum petang pun boleh. Anak-anak pasti suka.

 

ROTI GORENG SOSEJ CHEESE LELEH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus roti sandwic
  • Sosej secukupnya
  • Keju cheddar
  • 2 biji telur – lebihkan jika nak buat banyak

 

CARA MEMASAK:

1. Mula-mula sediakan 2 keping roti.

2. Letakkan keju di atas roti diikuti sosej yang dipotong kecil. 

3. Letakkan sekeping lagi keju diatas hirisan sosej diikuti dengan sekeping lagi roti. 

4. Pecahkan 2 biji telur di dalam mangkuk atau pinggan dan pukul sedikit.

5. Celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur hingga rata.

6. Panaskan kuali dan goreng roti hingga keperangan.

7. Sedia untuk dinikmati

Kredit resipi & foto: Noor Haffiza Mohd Rashid

 

IKLAN