Resipi Roti Pisang Bakar Untuk Minum Petang. Sedap, Mudah & Sangat Berbaloi

Share

Pernah makan roti banana kaya di Domino’s Pizza? Begitulah juga rasa roti pisang bakar ini, tidak jauh rasa roti bakar ini dengan banana kaya tersebut. Crunchy dan manis. Yang penting, ia mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah je. Nak cuba buat sendiri? Jom kita cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Puan Siti Nur Baini

ini.

ROTI PISANG BAKAR

 

BAHAN-BAHAN:

  • Marjerin atau mentega
  • Telur
  • Pisang
  • Gula
  • Roti

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Sapukan marjerin atau mentega pada bahagian depan dan belakang roti.
  2. Kemudian, pecahkankan sebiji telur dan kacau. Sapukan telur pada bahagian depan roti sahaja.
  3. Susun pisang yang telah dihiris di atas roti.
  4. Sapu bahagian hadapan roti sekali lagi dengan telur.
  5. Taburkan sedikit gula di atas roti.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 175°c selama 20 minit.
  7. Siap!

 

Kredit resipi & foto: Siti Nur Baini

 

Anda mencari KETUHAR? Boleh klik DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

IKLAN