Resipi Roti Jagung Air Fryer, Sangat Sedap & Mengenyangkan

Share

Suka makan roti? Boleh cuba buat Roti Jagung resipi perkongsian saudari Linda Safar ni. Nmpak sangat sedap, unik dan lain dari yang lain. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah dan biasanya ada di rumah. Lebih istimewa resipi ini hanya memerlukan anda membakarnya dalam Air Fryer sahaja. Memang cukup mudah. Tetapi jika tiada AF, boleh sahaja masak menggunakan ketuhar apa apa sahaja peralatan yang anda ada di rumah. Jom cuba! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Pastinya sedap dan mengenyangkan.

CARA MEMBUAT ROTI JAGUNG AIR FRYER (1 HIDANGAN)

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

  1. Kukus jagung manis bersama mayones sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Sapu mayones pada permukaan roti kemudian taburkan serunding ayam dengan secukupnya.
  3. Kemudian letak kepingan keju dan juga kepingan chicken ham diatasnya.
  4. Lapis dengan sekeping lagi roti kemudian taburkan keju parut diatasnya.
  5. Sudukan jagung mayones yang telah siap dikukus tadi diatas roti.
  6. Bakar dalam air fryer pada suhu 170c selama 10 minit.
  7. Angkat dan Roti Jagung istimewa ini telah sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Linda Safar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN