Resipi Roti Canai Homemade Lembut Hingga Ke Petang

Share

Roti canai, menu yang tidak pernah jemu dimakan tidak kira pagi, petang atau malam. Jika sebelum ini kita memilih untuk makan roti canai di kedai mamak, apa kata kali ini kita cuba buat sendiri di rumah. Resipi yang dikongsi oleh Iza Haliza Mohd Zaid tersangatlah bermanfaat kerana roti canai tersebut akan tetap lembut hingga ke petang. Boleh buat untuk sarapan esok pagi.

RESIPI ROTI CANAI

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak

 

CARA PENYEDIAAN:

 

LANGKAH 1

  1. Air + garam + susu = dikacau = Bahan A
  2. Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual) tp campur semuer kalau pakai mesin.
  3. Campur minyak masak
  4. Campur marjarin

 

LANGKAH 2

Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.

 

LANGKAH 3

Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. (satu adunan ni boleh dapat dalam 10 roti canai)

 

LANGKAH 4

Salutkan dgn marjarin utk mengelakkan ia dari melekat. (maisya salut dengan minyak)

 

LANGKAH 5

Tinggalkan selama 2 jam.

 

LANGKAH 6

Siap utk ditebar dan dibentuk sama ada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing

 

LANGKAH 7

Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu…nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu

 

PETUA untuk buat roti canai:

  1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
  2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
  3. Untuk menjadikan roti canai itu LEMBUT sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais

KREDIT RESIPI & FOTO: Iza Haliza Mohd Zaid

 

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN