Resipi Rendang Pucuk Ubi Sedap Cara Orang Negeri Sembilan

Share

Enaknya menikmati sajian Rendang Pucuk Ubi

yang dimasak menggunakan resipi dan cara orang Negeri Sembilan ini. Memang berasa setiap rencahnya. Sangat sedap dimakan bersama nasi malah jika diratah begitu sahaja juga sangat nikmat. Bagi anda yang nak cuba masak sendiri menu ini, saudari Atia Halim ada kongsikan cara-caranya. Jom cuba!

 

CARA MASAK RENDANG PUCUK UBI NEGERI SEMBILAN YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1 kg daun ubi /pucuk ubi – dibersihkan
2 sudu serbuk cili beli online disini
3 cawan santan pekat
1 cawan minyak masak

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih beli online disini
2 biji bawang besar beli online disini
10 biji cili padi merah 
1 genggam ikan bilis beli online disini

 

Dapatkan DEROYAL 3 IN 1 CORDLESS CHOPPER & MIXER dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!

 

CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan kisar dan kisar dengan sedikit air hingga halus.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga garing.


3. Masukkan serbuk cili dan santan pekat, masak hingga mendidih.
4. Seterusnya masuk pucuk ubi yang telah dibersihkan. Masak dan kacau sehingga kering.


5. Buang sedikit minyak. Kacau lagi sehingga santan bertukar menjadi tahi minyak dan mengering.


6. Tutup api dan sejatkan rendang tadi. Rendang Pucuk Ubi sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Atia Halim

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN