Resipi Pulut Udang Mewah Dengan Inti, Peniaga Ini Kongsi Step By Step Buatnya

Share

Kalau anda suka makan Pulut Udang, tentu anda inginkan intinya lebih banyak bukan? Kalau beli di luar, memang tak akan  dapatlah Pulut Udang yang mewah dengan intinya. Nak makan puas Pulut Udang, apa kata anda buat sendiri sahaja. Boleh letak inti udang kering banyak-banyak. Puas hati, makan pun rasa nikmat. Ini resipi cara buat Pulut Udang yang dikongsikan oleh Haslina Pazri

RESIPI PULUT UDANG

BAHAN-BAHAN:

1 kg beras pulut (rendam 4 jam) – beli online
1 kotak santan kara (jadikan 2 cawan)
Sedikit garam – beli online
Sedikit gula – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Kukus pulut selama 20 minit bersama daun pandan.

2. Angkat pulut. Gaulkan bersama santan. Kukus lagi sekali. Ketepikan.

BAHAN UNTUK INTI:

Kelapa parut ( 1 biji kelapa)
Udang kering (lagi banyak lagi sedap) – beli online
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih – beli online
Halia sebesar ibu jari – beli online
Cili padi/cili boh – beli online
Garam dan gula secukup rasa
10 batang serai yang sedang-sedang


Minyak masak untuk menumis – beli online

CARA MEMBUAT:

1. Kisarkan semua bahan untuk inti kecuali kelapa. Tumis semua bahan. Apabila sudah naik minyak, masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

 

2. Bentangkan daun pisang yang telah siap diguntung. Daun pisang tidak perlu layur. Isi pulut diikuti dengan inti kemudian bungkus. Sematkan dengan pencungkil gigi jika tidak mahu guna stepler. Bolehlah dibakar di atas dapur arang. Buat sehingga habis. Hidangkan.

Sumber kredit: Haslina Pazri

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN