Resipi Pulut Kuning & Rendang Daging Sedap Untuk Hidangan Pagi Raya Aidiladha

Share

Pulut kuning dan rendang daging sememangnya kombinasi yang cukup enak. Sesuai sangat dihidangkan di pagi Hari Raya Aidiladha nanti. Walaupun tak semeriah hari raya puasa, namun kehangatan musim perayaan tetap dirasa. Jom cuba! Sangat mudah dan memang sedap.

 

CARA MASAK PULUT KUNING & RENDANG DAGING UNTUK AIDILADHA

BAHAN-BAHAN:

  • 1.5kg beras pulut susu
  • 1 kotak kecil santan
  • 10 helai daun pandan
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 mangkuk air

CARA MEMASAK:

1. Rendam beras pulut bersama dengan serbuk kunyit selama 3-4 jam.
2.Panaskan pengukus sambil susun daun pandan di atas pengukus. Bau pulut kuning akan jadi lagi sedap. Letak beras pulut atas daun pandan dan kukus sampai sedikit lembut. Anggaran masa dalam 1 jam.


3.Bila pulut agak lembut, keluarkan dari periuk kukusan dan masukkan dalam bekas lain.
4.Ambil santan, campurkan dengan 1 mangkuk air ( saiz seperti dalam gambar) dan tambah sedikit garam.


5.Tuang ke dalam bekas berisi pulut dan gaul hingga rata dan sebati. Kukus pulut sekali lagi anggaran masa 15-30 minit.


6. Angkat pulut dan boleh dinikmati bersama Rendang Daging.

RENDANG DAGING

BAHAN-BAHAN:

  • 1.5kg daging
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 helai daun kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 bungkus kerisik
  • 2 kotak kecil santan
  • Garam secukup rasa
  • 3 cawan air
  • 1 cawan minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

  • 15 biji bawang merah saiz sederhana besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai saiz besar
  • 20 tangkai cili kering – ikut kepedasan yang disukai

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan masukkan bunga lawang serta kayu manis. Kemudian masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga pecah minyak.
2.Kemudian masukkan serbuk kari. Kacau sentiasa supaya rempah tidak hangus.
3. Bila rempah pecah minyak, masukkan daging. Gaul sebentar kemudian tambahkan air. Masak hingga daging lembut dan empuk.

4. Seterusnya bila daging betul-betul lembut, masukkan santan, kerisik dan daun kunyit.
5. Perasakan dengan garam serta perasa lain dengan secukupnya.

6. Bila rendang mencapai kepekatan yang anda suka, matikan api dan nikmati bersama pulut kuning.

Kredit resipi & foto: Noor Hamidah

IKLAN