Makan

Resipi Puding Vanilla Buahan, Makan Sejuk Memang Sedap

Share

Dah cuba Puding Vanilla yang sedap dan mudah ni? Paling enak dimakan sejuk dan sesuai disajikan tatkala cuaca panas begini. Cara membuatnya sangatlah mudah dan bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak.
Nak versi mudah, boleh guna sumi yang dijual di pasaraya. Tapi anda juga boleh gunakan agar-agar pelbagai warna yang dimasak sendiri. Potong kecil-kecil dan masukkan dalam bekas. Lawa !
Jika bercadang nak adakan jamuan atau majlis keraian, manisan ini juga dijadikan sajian pencuci mulut buat tetamu yang bertandang. Jom cuba resipi perkongsian saudari Zyeeta Aisyah. Pasti ramai yang puji.

CARA MEMBUAT PUDING VANILLA BUAHAN

BAHAN-BAHAN:
20gm serbuk agar-agar jernih – beli online disini
1 tin susu cair – beli online disini
3 tin air (guna tin susu cair)
½ tin susu pekat manis (nak manis lebihkan) – beli online disini
2 sudu besar tepung kastard – beli online disini
1 sudu kecil creamy vanilla esen
1 paket sumi – beli online disini
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Masak serbuk agar-agar dengan 3 tin air sehingga sebati.
2. Masukkan susu pekat manis, susu cair, esen vanilla dan secubit garam.
3. Sentiasa kacau serta masukkan tepung kastard yang sudah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tunggu sampai mendidih dan boleh padamkan api.
5. Masukkan sumi ke dalam bekas, kemudian tuang agar-agar tadi.
6. Biarkan mengeras dan simpan dalam peti sejuk seketika sebelum dinikmati.


NOTA:

Guna sumi untuk versi mudah dan cepat. Jika rajin, boleh buat sendiri agar-agar pelbagai warna, potong dan masukkan ke dalam bekas seperti dalam gambar.

Kredit resipi & foto: Zyeeta Aisyah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN