Resipi Puding Trifle Sedap & Senang, Tapi Dalam Versi Cup

Share

Sebut sahaja resepi puding trifle,terus terbayang dalam kepala keenakan lapisan kek gulung yang dilapisi dengan tepung kastard serta rasa masam manis buah koktail.

Namun kali ini, kita buat versi dalam cup pula. Senang nak ambil makan sambil bersembang bersama jiran kan.

Jom kita cuba ikut resipi daripada Yusma Mustafa ini.

 

PUDING TRIFLE VERSI DALAM CUP

BAHAN-BAHAN:

1 biji kek swiss roll (pilih warna hijau perisa pandan)
1 kotak jelly (brand nona pilih kotak warna merah perisa strawberi atau raspberi)
1 tin buah koktel


1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
½ cawan gula
1 cawan air

TONTON Makan Di Mana Ep 18: Ubah Selera, Perkena Menu Western… 

TONTON DAPUR RASA- PROJEK AIR TANGAN EMAS BERSAMA MAGGI

ADUNAN KASTARD:

1 tin susu cair – beli online di sini
1 cawan tepung kastard – beli online di sini
1 cawan air (nak cair sikit, air masukkan 2 cawan)
½ cawan gula – beli online di sini
*kacau tanpa henti guna api kecil sampai likat, berkilat dan keluar letup-letup.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA BUAT:

1. Potong kek swiss roll, kemudian isi dalam cup. Terpulang nak potong tebal mana. Agak-agak ¼ tinggi cup tu sedang elok saja.


2. Kemudian, tuang adunan kastard.


3. Tapiskan air buah koktel

. Kemudian susun buah koktel di atas lapisan kastard. Tekan-tekan sikit buah koktel guna sudu biar separuh tenggelam masuk ke lapisan kastard.


4. Tuangkan jelly. Cara nak masak jelly macam ni, campurkan serbuk jelly dengan 400ml air. Masak sehingga larut dan mendidih. Kalau guna dua kotak, hanya gandakan kuantiti air.

Kena tuang perlahan-perlahan atau ceduk guna senduk sebab nak elak buah koktel tu terapung-apung.


5. Tutup cup dengan penutup. Simpan dalam chiller. Lagi sejuk lagi sedap.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

*Kalau tak nak guna buah koktel, boleh je ganti dengan buah tin lain, macam buah pic, buah laici, buah longan.
*Bahan dan cara buat sama kalau guna bekas atau loyang.
*Resipi ni boleh dapat 25 cup pendek dan kecil yang biasa orang guna buat dadih tu. Saya gandakan resipi sebab nak buat 50 cup.

Kredit resipi: Yusma Mustafa

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN