Resipi Puding Strawberry Ni Dimakan Sejuk Memang Nikmat

Share

Agar-agar dan juga puding jika dihidang sejuk memang sedap.Buat puding strawberry ni bukan hanya cantik rupa malah boleh juga dijadikan hadiah untuk majlis pernikahan. Penggunaan strawberry dalam resepi ini memberikan rasa yang sempurna. Resepi ni mudah nak buat dan menggunakan loyang petak 8 inci.

PUDING STRAWBERRY

Bahan-bahan:

LAPISAN PERTAMA
1 paket serbuk agar-agar ( 10 gram)
3 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
1 cawan dairy whipping cream.
220 gram gula
* Jangan risau, kalau tiada dairy whipping cream, jangan pakai hat non dairy sebaliknya pakai saja susu cair. Sukatan sama. Saya pakai dairy untuk menaikkan rasa lemak berkrim lapisan ini
2 titik sirap,kalau tak ada pakai saja pewarna merah 2 titik je tau, jangan letak banyak
Secubit garam
Strawberry yang dipotong dadu atau kecil-kecil. Terpulang nak letak banyak mana

LAPISAN KEDUA
5 gram serbuk agar-agar
2 cawan air ( 1 cawan = 250ml)
1 titik pewarna sirap
60 gram gula
Strawberry yang dihiris-hiris. Terpulang nak pakai berapa banyak
Cara memasak:
LAPISAN PERTAMA:

1.Masukkan 3 cawan air + 1 paket serbuk agar- agar + 220g gula.Kacau dulu sebati,dah sebati baru hidupkan api perlahan saja.

2.Kacau dalam seminit,kemudian masukkan 1 cawan dairy whipping cream atau susu cair.
3.Kacau sebati sampai mendidih.
4.Biarkan mendidih selama lebih kurang seminit.Tutup api, masukkan 1-2 titik pewarna sirap. Sebatikan.

5.Masukkan dalam loyang 8 inci.

6.Seterusnya masukkan strawberry yang dipotong dadu.Masukkan perlahan-lahan.
7.Biarkan ia set atau letak dekat luar saja selama 10 minit kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

 

LAPISAN KEDUA


1.Masukkan 2 cawan air + 5 gram serbuk agar-agar. 60 gram gula.


2.Sebatikan baru hidupkan api. Perlahan sahaja.Sebatikan sampai mendidih. Dah mendidih padam api.

3.Masukkan 1-2 titik pewarna sirap.Sebatikan.

4.Tapis.

5.Biar suam sikit dalam 5 minit baru tuang.JANGAN TERUS TUANG KE ATAS LAPISAN TADI.
biasanya akan jadi tak melekat sebab tak lorek atau tak cucuk dulu.


6.Lapisan yang dah set tadi, cucuk sebanyak mungkin atasnya baru tuang sikit demi sedikit.


7.Tuang separuh dulu , selepas itu baru letak strawberry yang dihiris tadi.


8.Tuang lebihan adunan sampai hapus strawberry tadi.Kalau ada sebiji dua yang keluar ke atas tak apa.


9.Kena cepat-cepat, tak boleh lambat sebab lapisan ni cepat mengeras.
Sejukkan dalam peti selama 2 jam ,dah boleh makan.

Kredit: Muhammad Ali

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN