Resipi Puding Roti Sos Karamel Yang Simple & Terlajak Sedap!

Share

Biasanya bila kita makan puding roti, kuahnya tentulah sos kastard. Tidak nafikan memang enak makan puding roti dengan sos kastard tapi apa kata kita gantikan dengan sos yang lain.

Lari daripada kebiasaan. Biasanya buat puding roti makan dengan kuah kastard, kali ini kita cuba kelainan dengan sos karamel pula. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Norfazidah Gda ini.

RESIPI PUDING ROTI SOS KARAMEL MASIN

BAHAN PUDING:

8 keping roti Gardenia berperisa (roti pandan)
2 biji telur
1 1/2 cawan susu segar/susu cair
4 sudu besar gula pasir – BELI SINI
1/4 sudu kecil esen pandan/ esen vanilla-BELI SINI
Bahan tabur:kismis/ceri/kekacang dan lain-lain –BELI SINI

CARA MEMBUAT:

1. Potong/carik roti dan susun ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit mentega/majerin.

2. Dalam bekas lain, campurkan telur, susu, gula, esen pandan/vanilla. Kacau hingga sebati.

3. Tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi roti. Biarkan selama 20 minit.

4. Taburkan dengan bahan tabur di atas roti untuk hasil puding yang lebih menarik.

5. Kukus roti 40 hingga 50 minit dengan api sederhana. Biarkan suam atau sejuk barulah dicurahkan denga sos karamel. Sedia untuk dinikmati.

BAHAN SOS:

5 sudu besar gula pasir
100 ml whipping cream
1 sudu kecil garam
1 sudu besar mentega/majerin

CARA MEMBUAT:

1. Cairkan gula sehingga berwarna perang dengan api perlahan.

2. Masukkan whipping cream dan garam. Kacau sehingga mendidih dan sedikit memekat.

3. Masukkan mentega/majerin.Masak sebentar. Tutup api dan sejukkan.

Sumber kredit: Norfazidah Gda via Kongsi Resipi Masakan

 

BELI ONLINE WASHABLE TOWEL PAPER 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

IKLAN