Resipi Puding Roti Marshmallow Terlajak Mudah & Enak!

Share

Resipi puding roti yang menggunakan Mega Marshmallow. Memang mudah, ringkas dan enak. 30 minit pun boleh siap. Anda juga boleh menambah hirisan badam panggang dan cip coklat untuk menyedapkan lagi rasa puding.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 buku roti sandwic
  • 1/2 cawan kismis
  • 1/2 cawan Mega Marshmallow
  • 4 biji telur | dipukul sedikit
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu makan mentega

 

CARA MEMASAK:

  1. Sapukan mentega pada roti. Kemudian potong dadu.
  2. Susun roti dalam loyang yang telah dioles  dengan mentega dan tabur kismis.
  3. Kemudian susun lagi roti, tabur kismis dan Mega Marshmallow sehingga habis.
  4. Di dalam bekas berlainan, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kulit kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.
  5. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 170C selama  40 minit.

 

IKLAN