
Jika sedang mencari resipi puding mudah, apa kata cuba puding biskut cream crackerrs ini. Hanya gunakan empat bahan saja tapi hasilnya memang enak.
Rasanya yang lemak manis dengan tekstur lembut, lapisannya boleh pelbagaikan. Nak letak Milo boleh, pewarna pun boleh. Puding ini juga tak menggunakan sebarang tepung.
Resipi puding mudah, puding biskut cream crackers

Bahan-bahan
25 keping biskut cream crackers
4 biji telur
½ cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula perang
Air panas secukupnya untuk rendam biskut
Pewarna pilihan / milo (optional)
Cara membuat
1. Sediakan loyang bersaiz 7×7 inci, sapu sedikit minyak untuk elak melekat.
Boleh juga guna acuan kecil untuk lebih mudah hidang & cepat masak.
2. Rendam biskut cream crackers dalam air panas hingga kembang. Toskan.
3. Masukkan biskut yang telah kembang, telur, susu pekat dan gula perang ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih, ikut kreativiti.
Masukkan pewarna atau serbuk Milo jika suka.
5. Tuang adunan selapis demi selapis ke dalam loyang, kukus setiap lapisan selama 5 minit.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit. Buka penutup kukusan pada 5 minit terakhir supaya permukaan puding lebih kering dan cantik.

Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang. Nak makan sejuk-sejuk dari peti ais pun boleh… lembut, lemak, puas hati!
INFO
- Setiap lapisan menggunakan anggaran 2/3 cawan adunan.
- Gunakan loyang 9x5x2 inci jika nak buat versi lebih besar
- Kalau suka versi mini, guna acuan lompang atau muffin pun cantik dan senang nak makan.
Kredit resipi & foto Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
 sekarang!
sekarang!
Kuih Tepung Kapur, Rupa Seperti Kuih Kaswi Tapi Rasa Berbeza

Nampak seperti kuih kaswi, tapi bukan dia. Ini ialah Kuih Tepung Kapur, kuih lejen negeri pantai timur, khasnya Terengganu dan sekitar Kampung Beserah, Kuantan.
Kuih yang mengimbau zaman kecil-kecil mereka yang pernah merasainya. Biasanya mak-mak akan rebus belah malam dan pagi esoknya akan sarapan dengan kuih ni.
Resipi Kuih Tepung Kapur yang dikongsi Tahrunnisah Jali ini, memang mudah cara nak buat dan memang sedap makan sambil kunyah.
KUIH TEPUNG KAPUR

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 ½ cawan air*
2 keping ‘nisang’ atau gula melaka * – beli online di sini
3@4 sudu besar gula (ikut kemanisan yang ada suka)* – beli online di sini
1 sudu air kapur & sedikit garam
Kelapa parut & sedikit garam (untuk digaul sebelum dihidangkan)
TONTON Creamy Garlic Butter Chicken
TONTON Dapur Rasa Live – Kek Batik Milky Cheese Horlick
CARA-CARA:
1. Rebus nisang, air dan kalau ada daun pandan simpul bagi wangi. Rebus hingga nisang/gula melaka hancur. Tutup api dan biarkan air gula tu sejuk.
2. Masukkan tepung gandum dalam bekas dan masukkan air gula ‘nisang/gula melaka’ dalam bekas gandum.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Kacau sebati dan masukkan air kapur dan garam kacau sebati (saya masuk sedikit demi sedikit hinggalah dapat adunan yang tak terlalu cair dan tak terlalu pekat, macam buat cekodok gandum tu).
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Masukkan adunan dalam plastik tahan panas atau ada juga orang kukus.

5. Tapi kebiasaannya memang orang kampung akan rebus dalam plastik tahan panas macam kita rebus ketupat nasi tu.
5. Rebus sehingga masak biasa dalam 40 minit – 1 jam. Biarkan sejuk.

6. Bila dah sejuk, baru boleh potong nipis dan gaul kelapa yang dicampur dengan sedikit garam. Siap.


Kredit resipi: Tahrunnisah Jali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Crispy Di Luar Cair Di Dalam, Kuih Nan Gua Bing Hanya Guna 3 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Enam Kuih Berinti Manis , Memang Legend Kesedapannya.

Teringinkan kuih muih tradisional yang berinti manis untuk teman secawan kopi di petang hari. Ini RASA bawakan enam jenis kuih muih tempatan yang berinti manis dan mudah disedia dan ringkas bahan-bahannya, dan paling penting rasa tidak pernah mengecewakan.
Terutamanya kuih ketayap, bagaikan terasa-rasa di hujung lidah rasa manis intinya dan lembut lapisan tepung yang membungkus inti. Tak berkenan kuih ketayap ada lagi lima yang lain boleh anda cuba buat dan nikmati rasanya.

KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN
Kulit:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- 1 1/2 cawan santan
- 1 1/2 sudu teh garam
- 2 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
- 1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 3/4 cawan gula merah
- 1/2 sudu teh garam
- 2 helai daun pandan | disimpulkan
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
- Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
- Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
- Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
- Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
- Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
- Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
- Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
- Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
- Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
- Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
- Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
- Sedia dihidangkan.

KUIH KOCI PULUT HITAM
BAHAN-BAHAN:
- 250 g tepung pulut
- 1/2 cawan tepung pulut hitam
- 2 sudu besar tepung gandum
- secubit garam
- 1 1/2 cawan air
- 1 cawan pati santan | dicampur sedikit garam
- Minyak masak secukupnya
- Daun pisang | dilayur atas api kecil
Bahan Inti:
- 1 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
- 1 ketul gula Melaka
- 1 cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan |disimpul
- 1/2 cawan air
CARA MEMASAK:
- Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
- Masak hingga gula hancur.
- Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
- Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit.
- Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat doh, satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas.
- Tuang air sedikir demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
- Jika kurang air tambah sedikit lagi. Ketepikan.
- Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi.
- Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu sudu teh inti.
- Tutup inti dengan doh dan letakkan satu sudu teh santan pekat.
- Kemudian lipat seperti biasa.
- Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit.

ONDE-ONDE BUAH MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 500 gram tepung pulut
- 4 helai daun pandan | dikisar dengan 1 /2 cawan air
- 1 cawan air
- Gula melaka | dipotong kiub
- Kelapa parut putih secukupnya
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air dalam periuk., jika suka.
- Tepung pulut dimasukkan ke dalam mangkuk adunan.
- Tuang jus daun pandan, gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit dan adun hingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk .
- Sementara itu, gaul kelapa parut dengan sedikit garam atau secukup rasa.
- Letakkan kelapa parut ke dalam loyang dan ratakan.
- Seterusnya, ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, tutupkan guna melaka dengan doh dan bulat-bulatkan seperti guli.
- Masukkan ke dalam air mendidih. Buat 10 – 15 biji sekali rebus.
- Bila onde-onde timbul pada permukaan air mendidih, biarkan dalam 30 saat lagi, keluarkan dan toskan airnya.
- Masukkan dalam dalam loyang berisi kelapa parut tadi.
- Golek-golekkan agar onde-onde bersalut dengan kelapa. Lakukan cara yang sama sehingga onde-onde habis direbus.

PAU GORENG INTI INTI KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung kuih pau
- 6gm yis segera
- 50gm minyak sayur
- 1/2sudu teh garam
- 100gm gula halus
- 250gm air suam
Bahan Inti:
- 200gm kacang merah
- 100gm gula perang
- 1/2 sudu teh gula merah
- 1/2sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat inti pau. Rebus kacang merah sehingga separuh kembang.
- Kemudian masukkan kacang ke dalam bekas pengisar bersama sedikit air, kisar sehingga halus.
- Seterusnya, masukkan ke dalam periuk bersama gula perang, gula merah dan garam.
- Kacau rata dan masak sehingga pekat. Angkat dan sejukkan.
- Untuk membuat kulit pau pula. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
- Selepas itu satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Uli adunan ini selama lima minit.
- Bentuk doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 50gm.
- Kemudian simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
- Setelah 10 minit, ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
- Kemudian isikan inti dan bulatkan doh.
- Simpan selama sejam.
- Akhir sekali panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga pau berwarna keperangan.

KUIH CARA MANIS
BAHAN-BAHAN:
- cawan tepung gandum
- 3 cawan santan kelapa
- 2 biji telur
- 3 helai daun pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Gula pasir secukupnya | untuk dijadikan inti
- Garam secukup rasa
- Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis.
- Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati.
- Tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
- Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima.
- Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan.
- Tuang adunan dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh.
- Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih.
- Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
- Setelah masak keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Lakukan hingga habis adunan.

KUIH CEK MEK MOLEK
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ubi keledek
- Tepung gandum
- Sedikit gula
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.
- Angkat dan toskan, buang kulit dan lenyekkannya panas-panas.
- Gaulkan ubi yang telah dilenyek bersama tepung gandum.
- Agak-agak kelembutannya, jangan terlalu banyak tepung.
- Bentukkan doh bulat seperti bebola.
- Leperkan dan masukkan gula di tengahnya.
- Kemudian bentukkan doh dengan bentuk Cek Mek Molek.
- Panaskan minyak dan goreng kuih dengan api sederhana.
INGIN MENCARI PERKAKAS DAPUR DAN PERALATAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA RUMAH, JOM LAYARINYA DI SINI.
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
Kek Lapis Idola, Berlapis Kaya, Horlicks & Milo, Super Sedap Ni…
https://www.rasa.my/nikmatnya-berbuka-dengan-kuih-muih-tradisi-melayu/
DAN JUGA VIDEO INI :
Kuih Muih Dolu Dolu Memang Rare. Tapi Rasa Tak Boleh Kompromi Sedapnya

Kuih generasi mak-mak dan opah ni elok sangat dipopularkan kembali. Nak nak oleh generasi muda. Sayang kalau kuih ni berlalu dan hilang begitu sahaja.
Tengok aje Lompang Sagu ni bukan hanya cantik dipandang tapi rasanya pun sedap manis dan tekstur kenyal memang layanlah kalau buat kudapan teman kopi di petang hari. Nak membuatnya cukup senang perlu tiga bahan utama je, sagu kelapa dan gula. Kuih Wadai Kipeng ni pun dah agak jarang dihidangkan
Apa lagi korang kena cuba dulu, baru tahu rasanya….
KUIH LOMPANG SAGU

.
BAHAN-BAHAN:
- 300gm sagu mata ikan warna hijau – beli online DI SINI
- Sedikit air
- Secbit garam
BAHAN INTI:
- 1 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
- Sedikit pewarna merah – beli online DI SINI
- 3 sudu makan gula pasir – beli online DI SINI
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian toskannya.
2. Taburkan sedikit garam dan gaul rata dan padatkan. Ketepikan.
3. Sementara itu, campurkan campurkan kelapa dengan gula, pewana merah dan secubit garam, gaul rata dan goreng sangai hingga sedikit garing.
4. Setelah masak, ketepikan, biar sejuk.
5. Panaskan pengukus, sementara itu masukkan sagu dalam acuan kuih lompamg 3/4 acuan.
6. Tekan tengahnya untuk membentuk lubang dan masukkan inti merah di tengahnya.
7. Kukus hingga masak (lebih kurang 15-20 minit.
8.Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
WADAI KIPENG

.
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung pulut – beli online DI SINI
- Air secukupnya
- Pewarna kuning – beli online DI SINI
- Secubit garam – beli online DI SINI
BAHAN KUAH SANTAN:
- 1 keping gua melaka – beli online DI SINI
- 2 cawan santan pekat – beli online DI SINI
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam -beli online DI SINI
- Sedikit gula | jika kurang manis
CARA MEMASAK:
1. Masukan tepung pulut dalam mangkuk bersama secubit garam, gaul rata.
2. Kemudian masukan air sedikit demi sedikit sambil uli.
3. Tambahkan pewarna kuning dan uli hingga menjadi doh lembut.
4. Bulat-bulatkan kemudian leperkan dan tekan ditengah. Lakukan hingga habis doh.
5. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan tepung pulut yang siap dibetuk tadi.
6. Rebus hingga timbul, angkat dan masukkan dalam bekas berisi air sejuk.
7. Sementara itu, sediakan kuah santan.
8. Masukkan santan, gula merah, secubit garam dan daun pandan.
9. Didihkan atas dapur dengan api sederhana dan sentiasa kacau.
10.Apabila mendidih, tutup api.
11. Untuk menghidangkannya, masukkan adunan tepung pulut tadi dalam kuah santan dan hidangkan.
ANDA MENCARI ALAT PENGUKUS TERKINI DAN EFEKTIF, JOM BELI DI SINI
ANDA MUNGKIN TERTARIK DENGAN VIDEO INI :
DAN JUGA RESIPI-RESIPI INI :

 


