Resipi Puding Agar-Agar Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus

Share

Sedapnya Puding Agar Agar Karamel. Makan sejuk-sejuk memang nikmat. Bagi yang nak makan manisan Puding Karamel tapia da alahan dengan telur, atau ‘takut’ dengan jumlah telur yang digunakan, bolehlah cuba resipi Puding Agar Agar Karamel yang tak guna telur perkongsian saudari Nordiana Ab Kadil ni. Sangat mudah dan tentunya sedap. Tak perlu kukus pun. Cubalah. Anda pasti puas hati.

 

PUDING AGAR-AGAR KARAMEL TANPA TELUR & TANPA KUKUS

BAHAN-BAHAN PUDING:
1 paket serbuk agar-agar jernih (10gm)beli online disini
4 cawan air
1 tin susu cair beli online disini
1 cawan susu pekat beli online disini
3 sudu makan tepung kastard beli online disini
Sedikit esen vanila beli online disini

BAHAN KARAMEL:
3 sudu makan gula pasir beli online disini
2 sudu makan air

CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil. Biarkan gula cair dan jadi perang. Kemudian tutup api dan masukkan air.


2. Masukkan karamel ke dalam loyang puding.
3. Satukan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau sebati.
4. Kemudian masak di atas api yang besar sehingga betul-betul mendidih dan pekat.

5. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
6. Masukkan loyang puding ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2-3 jam.
7. Bila puding telah mengeras, terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong.


8. Puding Agar-Agar Karamel tanpa telur sedia untuk dinikmati.

Tip: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.

Kredit resipi & foto: Nordiana Ab Kadil

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN