Resipi ‘Overnight Oats’ Yang Sedap & Mudah Dibuat

Share

Buat yang ingin buat menu diet, boleh cuba resipi oat rendaman atau ‘overnight oats’ ini. Resipi yang dikongsikan Siti Hazneza Abdul Hamid, sangat mudah dan sedap dimakan sejuk-sejuk.

Bagi mereka yang ada anak kecil atau orang tua di rumah juga, boleh mencuba resipi oat rendaman ini.

 

OAT RENDAMAN @ OVERNIGHT OATS

BAHAN-BAHAN:

½ cawan labu lecek yang ditambah serbuk kulit kayu manis dan buah pala
⅓ cawan yoghurt perisa asli
⅔ cawan susu
2 sudu makan flaxseed
1 cawan oat
1 sudu kecil serbuk kayu manis – beli online di sini


Secubit serbuk buah pala

CARA MEMBUAT:

1. Belah labu jadi dadu besar-besar dan kukus dengan kulitnya supaya mudah diurus kemudian.


2. Labu yang telah dikukus sehingga empuk bolehlah dibuang kulitnya dan dikisar supaya menjadi puri yang halus dan lembut. Tidak perlu tambah air.
3. Bahagi-bahagikan mengikut kesesuaian untuk disimpan dalam bahagian beku (untuk simpanan jangka panjang) atau bahagian sejuk sahaja (untuk digunakan dalam masa seminggu).

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

4. Untuk buat rendaman oat, saya cuma ambil tiga empat ketul labu (~½ cawan).
5. Tambah 1 sudu kecil serbuk kayu manis dan secubit serbuk buah pala.


6. Untuk rempah-ratus pai labu yang lebih tepat, tambah secubit serbuk bunga cengkih (saya tiada, jadi tidak bubuh).


7. Bahan-bahan boleh terus digaul rata dan dimasukkan ke dalam bekas untuk disejukkan atau dibina selapis-selapis seperti gambar berikutnya.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


8. Buat lapisan bermula dengan bahan basah. Saya mulakan dengan susu.
9. Tambahkan yoghurt. Untuk sekali lagi, saya tidak akan letak yoghurt supaya rasa pai labu lebih menyerlah.


10. Tambah puri pai labu.


11. Tambah bahan kering: oats, flaxseed, madu, gula perang, kurma atau kismis.


12. Kemudian, ulang oats, puri pai labu, susu dan yoghurt. Tabur kuaci labu untuk bahan rangup.


13. Ideanya adalah agar oat rendaman berlapis-lapis seperti parfait. Agak lain sedikit namun tidak mengapa.

NOTA:
* Jika hendak buat donat atau keria (kuih gelang), biarkan sejuk ke suhu bilik dahulu sebelum dilecek dan ditambah tepung.
* Jika hendak gunakan untuk goreng tempura, kukus sekadar separuh empuk supaya boleh dihiris dan dicelup tepung tempura.

Kredit resipi: Siti Hazneza Abdul Hamid

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN