Ada juga yang mengidam biskut dan kuih lama. Min kongsikan resipi legend yang korang sendiri akan teruja nak rasa.
Bahan-bahan: 1 paket agar-agar bertali (orang Kedah kata setahil)-BELI ONLINE DI SINI 1 kilo gula pasir (tak mahu manis kurangkan sikit) 1 atau 2 genggam gula batu Air mineral (1.5ml) Pewarna ikut pilihan masing-masing-BELI ONLINEDI SINI
Cara memasak: 1.Cuci agar-agar dan masakkan bersama air tadi (sentiasa kacau takut tak hancur sepenuhnya) 2.Setelah betul-betul hancur agar-agar tadi barulah masukkan gula batu.Kacau lagi sehingga gula batu hancur sepenuhnya barulah masukkan gula pasir. 3.Kena masak lama sikit sehingga menjadi berbuih(orang Kedah panggil buih anak ikan kalau tak silap)biar bagi pekat sikit.
Ads
4.Setelah nampak berbunga-bunga boleh tutupkan api. 5.Ikutlah berapa loyang korang nak letak.jangan bagi nipis sangat.Warnakan. 6.Biarkan sejuk baru potong(agak-agak ye, tidak terlalu nipis, tidak terlalu tebal).
Salah satu kuih lejen yang tetap ramai peminatnya adalah kuih lapis. Anys Idayu Zakaria dalam facebooknya berkongsi resipi kuih lapis yang menjadi kegemaran dalam keluarganya.
CARA MEMBUAT
1. Panaskan periuk kukus. Bagi air mendidih.
2. Campur semua bahan. Kacau bagi rata. Guna blender supaya cantik bancuhannya tak berketul.
3. Bahagi bancuhan ikut berapa warna nak guna.
4. Sapu loyang dengan marjerin atau sedikit minyak
5. Tuang bancuhan warna pertama. Sukat guna cawan. Setiap bancuhan tuang ikut sukatan cawan tu.
6. Kukus 5 minit.
7. Ulang lagi untuk color bancuhan seterusnya sampai habis.
8. Last sekali kukus 30 minit bagi betul-betul masak.
9. Dah masak, tutup api, biarkan sejuk.
10. Sebaiknya buat waktu malam untuk makan esok. Barulah senang potong.
Bila tiba musim tengkujuh, kuih Putu Halba adalah antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA MINI
BAHAN-BAHAN:
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus. Boleh digantikan dengan gula perang.
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat.
2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
Chef Wan bertemu Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku memang cukup gamat. Sama-sama pandai berceloteh.
Memang gandingan mantap episod Rasa Nostalgia Ramadan kali ini. Hidangan istimewa yang dimasak adalah Sayur Pecal dan Kuih Badak Berendam. Kedua sajian ini memang dekat di hati Kak Engku.
Dilihat dari gayanya bercerita dan menolong Chef Wan di dapur memang ternyata Kak Engku ini memang mahir memasak. “ Saya bulan puasa memang tak suka hidangan berat-berat atau nasi. Saya suka makan sayur-sayuran dan kuih muih, itu dah cukup kenyang. Iyalah sayur-sayuran kan tinggi serat dan berkhasiat. Lepas berbuka taklah terasa letih atau mengantuk .
Saya suka sayur pecal sebab banyak sayur-sayuran dan kuah kacangnya memang cukup sedap. Kalau orang Jawa mereka siap letak sayur cekur, tu lagi saya suka sebab aromanya sangat wangi dan menyelerakan.Selain itu saya juga makan kerabu, tauhu dan manisan seperti kuih Badak Berendam dan Agar-agar Pandan ,”Kak Ungku berkongsi cerita sajian nostalgia Ramadannya.
Menurut Raja Azura lagi masakan kuah kacang sate dan kuah kacang pecal ada bezanya. Jika kuah kacang sate ada lagi banyak lagi bahan ramuan seperti serai , lengkuas dan halia. Tetapi kuah kacang untuk sayur pecal lebih ringkas ramuannya dan memasaknya juga lebih cepat dari masak kuah kacang sate yang mengambil masa lebih lama.
Kuih Badak Berendam pula memang disukai sejak zaman kanak-kanak lagi. “ Kuih orang dulu-dulu ni bahannya ringkas sahaja seperti tepung beras, gula Melaka dan santan. Nama berlainan tetapi bahan asasnya lebih kurang sama. Contohnya badak berendam dengan kuih koci, orang muda kenalah belajar,”pesan Kak Ungku lagi.
SAYUR PECAL
BAHAN-BAHAN :
4 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan asam jawa
375ml air | 11/2 cawan
10 biji bawang merah | dihiris
15 tangkai cili kering | direndam air panas, dibuang biji dan toskan
3 sudu makan belacan
300gm kacang tanah | disangai dan tumbuk kasar
6 sudu makan gula perang
5 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Bahan-bahan sayur-sayuran dan lain :
100gm taugeh | dibuang ekor
100gm kangkong | dipotong 5sm
150gm kacang panjang | dipotong 5sm
100gm nenas sederhana masak | dipotong sederhana
1 biji timun | dikupas dan hiris memanjang
1 biji sengkuang | dikupas dan hiris memanjang
2 keping tauhu | dipotong dadu dan digoreng
3 keping tempe | dipotong kiub dan digoreng
2 biji telur rebus | direbus , dikupas belah empat
2 biji ubi kentang | direbus dan potong kiub
55gm keropok goreng | jika suka
CARA MEMASAK :
Panaskan minyak masak dan goreng bawang merah, cili kering serta belacan. Angkat dan masukkan bahan-bahan goreng ke dalam mesin pengisar, dan kisar sehingga menjadi pes.
Sementara itu satukan kacang, gula perang, air asam jawa dan air di dalam periuk dan renehkan. Masukkan pes tadi dan biarkan sehingga kuah menjadi pekat sedikit. Kemudian masukkan garam secukup rasa . Tutupkan api.
Celurkan sebentar kesemua sayur-sayuran kecuali timun, sengkuang dan nenas, ke dalam air panas mendidih yang dicampur sedikit garam.
Toskan sayuran dan letakkan di atas pinggan bersama dengan timun, tauhu, telur, tempe, kentang dan keropok. Hidangkan bersama kuah kacang.
KUIH BADAK BERENDAM
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung beras pulut
11/2 cawan air
Bahan inti :
½ biji kelapa parut | ambil bahagian putih sahaja
½ cawan gula pasir
¼ buku gula Melaka
Air panas secukupnya
2 sudu teh tepung gandum
2 cawan santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Cara masak inti :
Larutkan gula Melaka di dalam air panas. Masukkan gula pasir.
Masukkan kelapa parut dan tepung gandum, gaul sebati.
Cara masak doh kuih :
Masukkan tepung beras pulut ke dalam mangkuk besar. Tuangkan 11/2 cawan air sedikit demi sedikit, dan adunkan hingga membentuk doh yang licin .
Bentukkan doh bulat-bulat, leperkan sedikit dan sudukan inti kelapa ditengahnya. Cantumkan doh dan bulatkan menutupi inti. Ulangkan proses ini.
Kemudian ambil santan pekat dan masukkan garam secukup rasa. Ketepikan.
Panaskan pengukus. Susunkan doh kuih badak di dalam bekas dan tuangkan perlahan-lahan santan yang sudah dimasukkan garam ke atasnya.
Tutup pengukus dan kukus. Jangan kukus terlalu lama untuk mengelakkan santan berminyak.
TERUSKAN MENONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN, SETIAP JAM 5 PETANG, DI SALURAN ASTRO PRIMA 105 DAN SALURAN PRIMA HD 121
JANGAN LUPA ESOK BERSAMA PUTERI SULUNG CHEF WAN, SERINA CHEF WAN.
Nak tahu apa yang diborak dan dimasak oleh dua beranak , jangan lupa tunggu esok tau. Tinggal tiga lagi episod aje ni, rugi kalau tak tonton.
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang. Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka...