Resipi Old School, Teknik New School Cencaru Sumbat Air Fryer Style

Share

Nak makan ikan bakar tapi tak sanggup berasap satu dapur? Meh cuba Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Bakar gaya moden ni guna air fryer je! Bukan saja lebih cepat dan bersih, tapi rempah sambal pun kekal dalam perut ikan, tak meleleh sana sini.

Resipi viral ni dikongsikan oleh Munira Ali, dan memang confirm puas hati. Kalau tak ada air fryer? Jangan risau. Boleh juga bakar dalam oven atau goreng macam biasa. Tapi serius, guna air fryer lagi senang dan dapur tak comot langsung!

RESIPI CENCARU SUMBAT BAKAR AIR FRYER

Bahan-Bahan:

  • 4 ekor ikan cencaru saiz sederhana – belah belakang & bersihkan

  • 1½ biji bawang besar

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 tangkai cili merah besar

  • 4-5 biji cili api (ikut tahap pedas masing-masing)

  • Sedikit belacan – bagi umph!

  • Serbuk cukup rasa secukupnya

  • Asam jawa secukupnya

  • 1 sudu gula

CARA MEMASAK:

1.Kisar semua bahan (kecuali asam jawa) dengan sedikit air saja. Nak lagi power, tumbuk kasar!
2. Panaskan sikit minyak, tumis bahan kisar bagi sambal naik bau dan pecah minyak sikit.
3. Bila sambal dah suam, sumbat elok-elok dalam perut ikan. Jangan kedekut!

4. Sembur sikit minyak pada ikan, dan masukkan dalam air fryer.

5. Bakar 15 minit suhu 180°C, kemudian terbalikkan dan sambung 15 minit lagi. Nak lebih garing? Tambah 5 minit.
6. Siap! Hidang dengan air asam dan nasi panas – memang terangkat!

Kredit resipi & foto: Munira Ali

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Adunan Tepung Pisang Goreng Sedap, Rangup & Tak Serap Minyak

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
muaz