Resipi Nuget Nasi Homemade Untuk Anak Yang Susah Makan.

Share

Jom cuba buat Nuget Nasi. Bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian resipi Nuget Nasi oleh saudari Hani Nanny

, ibu-ibu ada pilihan hidangan yang boleh masak untuk anak-anak. Mana tahu si kecil anda suka. 

Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?

 

RESIPI NUGET NASI HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
  • Isi ayam
  • Daun bawang(optional),- boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
  • Perasa
  • Telur (untuk celup)
  • Serbuk roti (salut)

CARA MEMASAK:

1. Gaul nasi, isi ayam, sayuran dan perasa.

2. Canai dan tekap dengan pencetak kesukaan (lagi besar lagi baguslah!) Boleh sapu sedikit minyak dekat pencetak dan permukaan nasi untuk tak bagi melekat😊

3. Celup nasi dalam bancuhan telur.

4. Kemudian salut dengan serbuk roti.

5. Selepas siap, sejukbekukan terlebih dahulu sebelum digoreng.

Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Hani Nanny

 

IKLAN