
Kalau dah bosan dengan nasi ayam goreng, nasi ayam bakar versi ini wajib cuba! Aroma ayam yang dibakar bersama butter dan minyak bijan memang memikat kulit ayam berkilat cantik, isi pula juicy dan lembut. Resipi nasi ayam ini bukan sahaja mudah disediakan, tapi hasilnya sedap macam makan di restoran!
Resipi Nasi Ayam Bakar Mudah & Sedap
Bahan Rebusan Ayam
- Bahagian paha ayam
- Sedikit halia (diketuk)
- 5 ulas bawang putih (diketuk)
- Air secukupnya untuk rebusan
Cara Penyediaan Rebusan:
Rebus ayam bersama halia dan bawang putih hingga masak. Air rebusan jangan dibuang ia akan digunakan untuk nasi, sos, kicap dan sup nanti. Toskan ayam dan ketepikan.
Bahan Perapan Ayam
- 2 sudu gula perang
- 2 sudu madu
- ½ cawan kicap manis
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam
- Sedikit garam
- Sedikit minyak bijan
Cara Penyediaan Perapan:
Gaul semua bahan hingga sebati dan perap ayam selama 30 minit. Sebelum bakar, sapu ayam dengan butter dan minyak bijan. Bakar pada suhu 180°C selama 30 minit. Bila siap dibakar, sapu sekali lagi butter dan minyak bijan untuk hasil berkilat, lembut dan beraroma.
Bahan Nasi
- 2 cawan beras basmathi
- Minyak sapi & butter secukupnya
- Daun pandan, serai, halia & 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga)
- 3 – 3½ cawan air stok ayam
- Garam secukupnya
Cara Penyediaan Nasi Ayam Bakar:
Panaskan minyak sapi dan butter, tumis bahan rempah hingga naik bau. Masukkan beras dan gaul sebati. Tambahkan air stok ayam serta garam, kemudian masak dalam periuk nasi elektrik. Bila nasi dah masak, kacau supaya lembut dan tidak berketul. Nasi ini akan menyerap aroma stok ayam dan menjadikan hidangan nasi ayam bakar lebih wangi dan enak.
Bahan Sos Nasi Ayam Bakar
- 4 biji cili merah
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit air stok ayam
- Gula, garam, cuka, sos cili & sedikit tepung jagung (untuk pekatkan)
Cara Penyediaan Sos:
Kisar semua bahan dan masak atas api perlahan hingga mendidih dan pekat. Sos pedas manis ini melengkapkan rasa ayam bakar anda.
Bahan Kicap Nasi Ayam Bakar
- Lebihan bahan perapan ayam
- Sedikit air stok ayam
Cara Penyediaan Kicap:
Masak hingga mendidih dan tambah garam jika perlu. Rasa kicap yang manis masin ini menaikkan selera bila digandingkan dengan nasi dan ayam bakar.
Bahan Sup Nasi Ayam
- Air stok ayam lebihan
- Garam & sedikit kiub ayam
Cara Penyediaan Sup:
Rebus semua bahan hingga mendidih. Sup ringkas ini memberi keseimbangan rasa pada keseluruhan hidangan nasi ayam bakar anda.
Tip
- Gunakan beras basmathi atau beras panjang supaya nasi lebih wangi dan tidak lembik.
- Bakar ayam dalam air fryer pun boleh! Masa dan suhu sama, hasil tetap juicy.
- Untuk lebih umph, tabur daun sup dan bawang goreng semasa menghidang.
Kredit Resipi & Foto: Mdm Kelly
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI