Resipi Murtabak Maggi Mudah Dan Cepat

Share

Resipi murtabak Maggi mudah dan cepat. Resipi ini anak-anak gerenti suka. Sebuat jenama mee segera tu pun dah tahu, memanf jadi kegemaran ramai kan?

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini. Gerenti jadi!

Resipi Murtabak Maggi Mudah Dan Cepat

Bahan-bahan:

1 paket Maggi perisa kari

4 biji telur

1 biji bawang besar ( potong dadu) – boleh beli online di sini

1 batang sosej (rebus sekejap)

Sekeping daging burger (rebus)

Sedikit hirisan kubis

Hirisan cili – boleh beli online di sini

Sedikit potongan daun bawang

Garam jika perlu/Maggi secukup rasa

2 keping keju – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Pecahkan 4 biji telur ke dalam besen. Masukkan perencah maggi kari dan sedikit air, kacau sebati.

Masukkan hirisan sosej, daging burger( yang telah direbus terlebih dahulu dan dicincang kecil), kubis, bawang, daun bawang dan cili. Perasakan dengan secubit garam atau Maggi secukup rasa.

 Rebus mee Maggi sampai lembut.(toskan airnya). Masukkan mee Maggi ke dalam bahan-bahan tadi, kacau sampai sebati.

Sediakan cup acuan dan masukkan bancuhan Maggi tadi ke dalam cup acuan. Ambil dua keping keju, dipotong kecil dan letak atasnya.

Kemudian masukkan ke dalam air fryer (boleh beli online di sini). Bakar suhu 180, selama 10 min atau sehingga masak sekata.(bergantung pada air fryer masing-masing)

Bila dah masak, keluarkan daripada acuan. Sedia untuk dihidangkan. Makan bersama sos cili atau bersama bawang jeruk.

Resipi ni boleh buat 8-9 bekas. Kalau nk buat banyak, gandakan. Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

IKLAN