Resipi Mudah Kuih Peneram, Cuma Guna 4 Bahan Je

Share

Kuih peneram bukan sahaja digemari ‘orang lama’, malah semua peringkat umur. Kanak-kanak pun menyukainya kerana teksturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam.

Ada yang panggil kuih denderam, kuih benderang dan sebagainya. Walau apapun panggilannya, ia tetap menjadi salah satu kuih tradisi yang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.

Nak tahu cara mudah untuk menghasilkannya? Ikuti perkongsian Puan Rusfaniza Abu Yazid dengan resepi kuih peneram yang cukup mudah.

BAHAN-BAHAN:

500g tepung beras – Boleh beli online di sini

1 ½ cawan gula (jika manis, boleh kurangkan) – Boleh beli online di sini

1 cawan gula merah – Boleh beli online di sini

1 cawan santan (campurkan dengan air)

*(Bila masak, sukatan jadikan 2 cawan)

CARA MEMASAK:

Masak gula, santan dan air sehingga jadi bubble macam ni. Kalau rajin kacau, boleh guna api besar. Kalau tak rajin kacau, lebih baik guna api perlahan je. Takut meruap.

Apabila air gula dah masak, masa air gula tengah panas tu terus masukkan ke dalam tepung beras. Masuk sikit-sikit, takut tercair. Kacau sampai jadi macam ni.

Tips: Kalau adunan lembik, jangan masuk tepung. Takut rasa mentah. Masuk air gula sikit-sikit. Kalau adunan keras, boleh tambah air yang betul-betul panas.

Setelah siap, boleh perap semalaman. Boleh juga bancuh adunan sebelah pagi, dan sebelah petang baru digoreng.

Gunakan minyak sikit je. Bila nak canai, tekap guna tepung jagung. Baru tak melekat.

Masa nak menggoreng, minyak kena betul-betul panas. Dah siap kuih peneram yang sedap!

Kredit: Rusfaniza Abu Yazid

[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN