Resipi Mudah Buat Sup Siam Terlajak Sedap!

Share

Tengah cari menu berbuka ke tu? Kalau anda nak resepi sedap untuk berbuka puasa nanti, boleh buat sup siam ni. Ada budu dan ulam, fuhh boleh bertambah-tambah makannya.

Resipi yang dikongsi Ben Safwan ini sangat mudah nak buat dan sesuai untuk seisi keluarga.

 

SUP SIAM

BAHAN-BAHAN:

500-800gm daging lembu (rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit dengan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit je bagi ruang keluar. Saya guna daging lembu tempatan. Guna pressure cooker pun boleh)


500ml air kosong
1 ½ pek perencah sup siam Adabi
2 ulas bawang putih | ketuk – beli online di sini
1 batang saderi panjang
1 batang akar daun ketumbar | ketuk
4-5 tangkai daun ketumbar
1-2 tangkai daun bawang
2-3 cili Thai | ketuk
½ bawang Holland saiz besar – beli online di sini
2 biji tomato | belah 4
1 biji besar asam limau
3 sudu makan sos ikan – beli online di sini
Garam
Serbuk perasa
Bawang goreng secukupnya

TONTON Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung Bersama Awal Ashaari & Dayana Roza

TONTON Wantan Goreng Mudah & Ringkas

CARA MASAK:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, lada Thai ketuk, akar daun ketumbar, 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.


2. Baru tambah 700 ml air (air +air rebusan daging), daging rebus, daun ketumbar, perencah, sos ikan dan tomato. Buka api besar, tutup periuk dan didihkan.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Bila dah mendidih, perasakan ikut tekak dengan serbuk perasa, garam sikit, hirisan asam limau hingga rasa masam pedas aroma sup. Air jangan kurang jangan lebih seperti di atas untuk sukatan ini.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Dah siap. Boleh taburkan dengan bawang goreng. Kalau saya, nak lagi sedap, letak Ibu Sambal Premium/sambal.


5. Nak betul-betul sedap memang kena guna daun ketumbar, dan proses layukan tu kena main peranan serta api besar. Masakan panas kan.

Kredit resipi: Ben Safwan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN