Resipi Mi Udang Yang Sedap, Pedas & Menyelerakan

Share

Sekali sekala, tukar menu makan malam anda kepada mi pula. Jemu juga kalau asyik makan nasi je kan? Kalau dapat makan mi udang pun sedap juga. Jika anda nak cuba resipi mi udang yang sedap dan pedas, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh June Albert Yeaw. Tengok gambar pun dah nampak menyelerakan. Cubalah sendiri di rumah.

RESIPI MI UDANG @ HOKKIEN MEE

 

BAHAN-BAHAN KUAH:

  • Udang kulit keras
  • Udang kepal
  • Udang kering isi

 

BAHAN UTAMA:

  • Mi
  • Bihun

 

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN (HIASAN):

  • Sayur kangkung
  • Taugeh
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Telur rebus
  • Bawang goreng

 

BAHAN SAMBAL:

  • Cili kisar
  • Gula
  • Garam
  • Perasa

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Rebus udang dan kopek kulitnya. Air udang jangan buang untuk kuah nanti. Kulit udang pula goreng sampai kering sehingga naik bau.

 

2. Kisar kulit udang tadi dan tapis sehingga tinggal hampas, sama seperti buat kuah laksa. Boleh panaskan kuah dulu sebelum ke langkah yang seterusnya.

 

3. Kemudian, goreng udang kepal bersama udang kering dan kisarkan ia. Selepas kisar, bahagian kepada dua bahagian iaitu sebahagian dimasukkan ke dalam kuah (lebihkan untuk kuah) dan sebahagian lagi masukkan ke dalam sambal (untuk sambal, 1/3 dah cukup).

 

4. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan lebihan udang kering dan kacau sampai pekat seperti di dalam gambar. Masukkan juga perasa, gula dan garam.

 

5. Tak perlu cuci kuali. Seterusnya, ambil udang yang telah dikopek dan goreng menggunakan kuali lebihan sambal tadi sehingga udang menjadi merah.

 

6. Agar kuah nampak lebih menarik dan berwarna merah seperti di dalam gambar, masukkan sedikit sambal yang telah dimasak tadi. Tidak perlu letak banyak, hanya untuk cantikkan kuah sahaja.

 

7. Kemudian, masukkan bahan hiasan ke dalam mi udang anda. Siap!

NOTA:

  • Untuk perasa kuah, jangan lupa letak gula batu. Kuah akan rasa masin dan manis. Hujung akan rasa gula batu. Rasa gula batu dan gula pasir tak sama.

Jika anda sedang mencari BARANGAN SEGAR, boleh klik DISINI.

KREDIT RESIPI & FOTO : JUNE ALBERT YEAW

Resipi lain yang boleh dicuba:

Anda juga boleh cuba resipi ini:

IKLAN