Resipi Mi Hokkien Halal, Boleh Cuba Sendiri Di Rumah.

Share

Mi Hokkien versi halal? Wahh bolehlah cuba di rumah sebab selalu nampak resipi ni yang versi tak halal sahaja selalu di jual di kedai makan Cina. Teringin lepas ni bolehlah buat sendiri. Cara nak buat resipi Mi Hokkien ni pun sangat mudah dan ringkas yang paling penting masih sedap rasanya walaupun dah di tukar ke versi halal.

Jom kita cuba resipi penuh Mi Hokkien ni yang telah dikongsikan oleh Hasniza Hassan.

 

MI HOKKIEN

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 pek mi kuning (rendam dengan air panas lebih kurang 30 minit, letakkan sedikit garam)
  • Udang
  • Ayam
  • Bebola ikan atau ayam
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 sudu makan dark caramel sos – guna jenama ini, dijamin Halal
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 3 sudu besar serbuk ikan bilis (goreng ikan bilis dengan minyak dan kisarkan)
  • Sawi
  • Kubis cina
  • Garam
  • 1 1/2 cawan stok ayam

CARA PENYEDIAAN:

  1. Rendam mi dengan air panas selama 30 minit sebelum memasak.
  2. Goreng ayam, udang dan bebola secara berasingan dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang sehingga wangi. Kemudian, masukkan mi dan gaul rata.
  4. Selepas itu, masukkan dark caramel sos, kicap cair dan serbuk ikan bilis.
  5. Perasakan dengan garam dan gaul rata. Selepas itu, masukkan sawi dan kubis bunga.
  6. Masukkan udang, ayam dan bebola. Gaul rata dan tuangkan stok ayam. Tutup dan biarkan selama beberapa minit.

Kredit: Hasniza Hassan

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

 

IKLAN