Resipi Mentega Kacang Homemade Lebih Sihat & Tanpa Gula.

Share

Nak cuba buat sesuatu yang sedap dan menyihatkan? Cuba buat mentega kacang homemade tanpa gula ni. Jika beli di kedai, mentega kacang versi ini memang harganya lebih mahal dari yang biasa. Tapi usah risau kerana sekarang anda boleh hasilkan sendiri. Menarik kan? Jom lihat resipi perkongsian saudari Siti Iela

dan bahan-bahan yang diperlukan.

 

MENTEGA KACANG HOMEMADE TANPA GULA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm kacang tanah tanpa kulit

CARA MEMASAK:

1. Sangai kacang tanah tanpa minyak. Guna api perlahan dan sentiasa kacau supaya tidak hangus.

2. Masak hingga kacang jadi seperti ini.

3. Kisar kacang menggunakan pengisar kering.

4. Kisar sehingga mendapat tekstur likat seperti ini.

5. Siap untuk dinikmati.

6. Jika mahu mentega kacang yang ada tekstur kasar, ambil segenggam kacang tanah yang disangai, tumbuk kasar dan campurkan dalam bekas mentega kacang tadi. Gaul rata dan siap untuk digunakan.

7. Selamat mencuba.

 

Kredit resipi & foto: Siti Iela

IKLAN