Resipi masak lemak ikan bunga kantan ini antara lauk kampung yang membangkitkan selera. Kuahnya pekat berlemak, ditambah pula aroma bunga kantan yang harum memang memancing selera.

Masak lemak ini lebih sedap jika menggunakan ikan kayu atau ikan tongkol yang digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak dalam kuah lemak. Sesuai dimakan bersama nasi panas, ulam-ulaman dan sambal belacan. Jom cuba resipi perkongsian Nadia Sukiman ini.

Resipi Masak Lemak Ikan Bunga Kantan 

Bahan-Bahan

Ikan kayu / tongkol – dibersihkan & dipotong
1 batang serai – diketuk
2 keping asam keping
Santan secukupnya
1 kuntum bunga kantan – dibelah dua
3–4 biji cili hijau
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam & perasa secukupnya

Bahan kisar

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
6–8 biji cili padi (ikut pedas)

Ads

Resipi Masak Lemak Ikan Bunga Kantan Yang Sedap & Wangi

Cara Penyediaan Masak Lemak Ikan Bunga Kantan

1. Gaulkan ikan dengan garam serta kunyit. Goreng seketika sehingga garing dan ketepikan.

2. Tumis bahan kisar tanpa minyak dalam kuali hingga naik bau.

3. Masukkan serai, bunga kantan, cili hijau dan asam keping.

4. Tuang santan, kacau rata dan biarkan hingga kuah mendidih.

Ads

5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Perasakan dengan garam serta sedikit serbuk perasa.

6. Masak sehingga santan pecah minyak. Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih panas.

Ads
TIP
  • Pastikan santan dikacau sentiasa supaya tidak pecah.
  • Boleh tambah daun kunyit untuk rasa lebih harum.
  • Kalau suka lebih pedas, tambah cili padi hijau atau merah ketika mendidih

Kredit Resipi & Foto: Nadia Sukiman

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI