Resipi Maggi Kari Tumis Sedap. Menu Paling Simple & Cepat Masak.

Share

Sedapnya Maggi Kari Tumis ni. Sekali sekala, teringin juga nak makan sajian selain dari nasi yang simple dan tak susah masak. Bagi anda yang suka makan makanan pedas, menu perkongsian saudari Syazlin Mansor

ni boleh dicuba.

CARA MASAK MAGGI KARI TUMIS

BAHAN-BAHAN:

  • 2 bungkus mi segera perisa kari
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga lumat. Kemudian gaul sekali dengan rempah mi segera.

2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan tumbuk hingga garing. ( dulu-dulu nenek kata masukkan air dalam lesung. Petua masak sedap katanya.)

3. Masukkan air ikut cita rasa masing-masing. Kuah banyak atau sikit, terpulang. Tunggu hingga mendidih.

4. Seterusnya masukkan mi. Bila dah lembut, pecahkan telur. Sedia untuk dinikmati.

5. Jika suka, boleh masukkan sayur sawi, sosej atau apa sahaja yang digemari.

Kredit resipi & foto: Syazlin Mansor

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

IKLAN