Resipi Lengkap Nasi Ayam Hainan Special Bersama Lauk Sampingan

Share

Jika sebut nasi ayam, pasti biasa nampak warna nasi yang kuning dan ayam yang digoreng garing rangup.

Namun berbeza dengan nasi ayam Hainan, tekstur ayam lembut saja dan supnya jernih sedap.

Resipi nasi ayam Hainan yang dikongsi Zurina Zulkefli ini, sangat senang disediakan.

Resipi ini lengkap bersama lauk sampingan; tauhu telur masak sos thai, tauge hijau masak sos tiram dan ulam salad.

 

NASI AYAM HAINAN SPECIAL

BAHAN UNTUK SUP AYAM HAINAN:

1 ekor ayam
2 biji bawang merah sederhana besar – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini
2 sudu besar minyak masak – beli online di sini
Rempah 4 sekawan
Seikat/sesimpul daun bawang | cuci bersih, potong akar
Dua hirisan halia | potong tebal
1 ketul kiub pati ayam
Sedikit kicap cair (Light Soy Sauce)

CARA MEMASAK:

1. Kisarkan 2 biji bawang merah sederhana besar bersama 2 ulas bawang putih. Kisar halus ya.


2. Panaskan 2 sudu besar minyak masak di dalam periuk besar.
3. Tumiskan pes bawang kisar tadi sehingga pecah minyak.
4. Kemudian masukkan rempah 4 sekawan. Nak senang, beli set terus macam ni. Campak aje dalam tu. Bunjut simpan tepi dulu, saya masukkan kemudian.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


5. Bila tumisan dah pecah minyak, masukkan air banyak untuk muat seekor ayam.


6. Sesudah isi air, masukkan seekor ayam ke dalam periuk. Langsung letak bunjut rempah sup tadi.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


7. Masukkan juga seikat/sesimpul daun bawang (cuci bersih, potong akar), dua hirisan halia (potong tebal) dan seketul kiub pati ayam.


8. Tutup periuk, renehkan sup ayam ni selama 1 jam/ api sederhana.
9. Ini rupa sup ayam yang telah reneh, dah pun diperasakan dengan garam secukupnya. Dah guna kiub ayam, jangan memandai pula tambah ajinamoto atau secukup rasa, nanti sup rasa payau.


10. Saya dah potong ayam sebelah, sebelah tinggal dalam periuk, sebelah lagi saya guna untuk salut kicap cair dan kukus.
11. Sebelah ayam bersedia untuk dipotong.


12. Susun ayam yang telah dipotong ke atas pinggan dan tuang sedikit kicap cair (Light Soy Sauce). Bukan kicap masin ya.


13. Kukus untuk rasa kicap cair tu sebati dengan ayam. Kukus ni pun fungsi dia untuk melembapkan ayam setelah keluar daripada sup.

 

BAHAN UNTUK NASI AYAM:

2 sudu besar mentega/planta – beli online di sini
Sedikit garam
Sesimpul daun pandan
Hirisan halia
Sedikit lemak ayam potong sebelum ini

CARA MEMASAK:

1. Panaskan 2 sudu besar mentega/planta.
2. Basuhkan beras 3 kali dan buang air.


3. Masukkan sup ayam ke dalam beras (pandai-pandai sukat macam biasa masak nasi), masukkan mentega cair, sedikit garam, sesimpul daun pandan, hirisan halia dan sedikit lemak ayam potong tadi.


4. Siap! Nasi ayam hainan dia tak warna kuning sangat macam nasi ayam orang Melayu. Dia light-light je.

 

BAHAN HIDANGAN SAMPINGAN:

Tauhu telur
Telur | dikacau-kacau
Sos Thai
Daun bawang | dihiris halus
Tauge hijau
1 sudu besar minyak
1 sudu kecil sos tiram
Garlic oil
2 biji cili merah besar
4 biji lada merah kecil
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka makan
2 sudu besar sos cili
Sedikit sup ayam

CARA MEMASAK HIDANGAN SAMPINGAN:

1. Yang ini tauhu telur, potong kemudian celup-celup je dalam telur kocak. Kemudian goreng.


2. Dah siap goreng, letak tepi. Panaskan kuali, masukkan sedikit sup ayam dan tuang sos thai. Bila sos dah pekat dan sebati, tuang di atas tauhu telur. Taburkan sedikit hirisan daun bawang. Siap.


3. Ini tauge hijau. Simple je cara masak, panaskan sesudu besar minyak masak, langsung campakkan tauge ni, goreng dalam seminit macam tu. Masukkan sesudu kecil sos tiram, kacau sebati. Siap.


4. Jangan lupa untuk beraroma, taburkan garlic oil.


5. Untuk sos cili hainan pula, kisarkan dua cili merah besar, empat lada merah kecil, dua ulas bawang putih, sesudu besar cuka makan, dan dua sudu besar sos cili. Sedikit sup ayam. Kisarkan sehingga lumat.


6. Kicap pula. Tumbuk lumat dua ulas bawang putih bersama satu hirisan halia. Masukkan kicap cair dan sedikit sup ayam. Siap.

Kredit resipi: Zurina Zulkefli

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN