Resipi Lengkap Cara Buat Nasi Ayam Hainan Yang Menyelerakan

Share

Hidangan nasi ayam antara yang paling mendapat tumpuan kerana lengkap dengan menu lauk dan sup. Malah tidak ketinggalan menu sayur yang sedap.

Resipi nasi ayam Hainan daripada Mizzmoon Moon ini, senang disediakan dan lengkap dengan hidangan nasi, sup dan juga sayur.

 

NASI AYAM HAINAN

BAHAN REBUSAN AYAM:

8 ulas bawang putih
3 inci halia
Daun bawang
Garam dan perasa secukupnya
Air melebihi paras ayam

CARA MEMASAK:

1. Tutup periuk, rebus guna api sederhana selama 1 jam atau mengikut kuantiti ayam.
2. Ayam dah masak, keluarkan terus masukkan ke dalam air sejuk berais, rendam sekejap, supaya ayam kekal juicy.


3. Kemudian lumur ayam dengan sedikit sos tiram, saya guna sos seafood adabi, lebih sedap dan warna akan jadi cantik.


4. Bakar dengan suhu 210C selama 10 minit.

BAHAN UNTUK NASI AYAM:

3 pot beras basmathi (1 pot beras bersamaan 1 ½ pot air)
2 inci halia
3 ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
1 kiub pati ayam (optional)
Air rebusan ayam secukupnya
Minyak lemak ayam dan sedikit planta
Garam secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Goreng tanpa minyak lemak dan kulit ayam, untuk dapatkan minyak lemak ayam.
2. Kisar halus halia, bawang putih, tumis guna minyak lemak ayam dan sesudu planta, masukkan sekali daun bawang dan kiub ayam.
3. Kemudian masukkan beras, air rebusan ayam dan garam, masak macam kita masak nasi biasa.

BAHAN SAMBAL HALIA:

2 inci halia
3 ulas bawang putih
Daun bawang
Minyak masak

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Saya guna chopper untuk cincang semua bahan.


2. Panaskan minyak masak, tuang ke dalam mangkuk bahan-bahan cincang tadi. Gaul sebati, kalau nak letak perasa pun boleh.

BAHAN SAMBAL CILI:

10 biji cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit jus limau kasturi
Sedikit air
Garam, gula, perasa secukupnya

CARA MEMBUAT

:

Kisar halus semua bahan. Masak sekejap hingga mendidih.

BAHAN BOK CHOY SOS TIRAM:

Sayur bok choy
Minyak masak
3 ulas bawang putih | cincang
3 sudu besar sos tiram
Bawang goreng (untuk hiasan)

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

CARA MEMASAK:

1. Rebus bok choy dalam air, letak sedikit minyak masak. Dah agak layu, angkat dan masukkan dalam mangkuk berisi ais berais. Kemudian toskan air, susun dalam pinggan.
2. Tumis 3 ulas bawang putih cincang dengan sedikit minyak masak hingga layu.
3. Masukkkan sos tiram 3 sudu besar dan sedikit air, kacau sebati. Tuang ke atas bok choy tadi, tabur bawang goreng.

BAHAN SOS HIJAU:

3 ulas bawang putih
2 inci halia
Daun bawang

CARA MEMBUAT:

Saya guna chopper untuk haluskan semua bahan. Panaskan minyak, campur dengan bahan tu semua, gaul sebati.

Kredit resipi: Mizzmoon Moon

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN