Resipi lempeng Pisang Menu Petang Mudah Dan Sedap

Share

Tekak ni kadang-kadang rasa nak makan menu simple je contohnya macam lempeng pisang. Jadikan menu minum petang memang layan. Resipi lempeng pisang ni telah dikongsikan oleh Tiahsa Ariffin di facebook ni nampak mudah dan confirm menjadi resipi lempeng pisang ni. Paling best resipi ni boleh guna blender sahaja dah siap tinggal goreng je lempeng pisang tu. Tunggu apa lagi tu? Jom cuba!

LEMPENG PISANG

BAHAN-BAHAN:

Pisang berangan 10biji

Santan kara 1 kotak (200mL) – BELI DISINI

Gula anggaran setengah cawan, kalau suka manis tambah lagi – BELI DISINI

Tepung 1 cawan – BELI DISINI

Secubit garam

 

Cantiknya set La Gourmet Vintage Collection kalau ada di dapur kita! Boleh beli DISINI dengan menggunakan code istimewa RASGSP5

untuk harga istimewa.

 

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan kesemua bahan ke dalam blender.

Perapkan adunan 5 atau 6jam (masuk dalam peti ais)

Sebelum nak melempeng, sapu kan majerin pada kuali dan dijamin takkan melekat lempengnya.

Kredit: Tiahsa Ariffin

SELAMAT MENCUBA

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

IKLAN