Resipi Lempeng Kelapa Lembut & Sedap Untuk Sarapan

Share

Bagi yang gemar hidangan Lempeng Kelapa yang sedap, RASA kongsikan kembali resipi dari Puan Hajah Zainab Bt Mawan yang boleh anda cuba. Menu ni memang ‘legend’. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah, ringkas dan hasilnya juga membuka selera. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa terutamanya waktu sarapan. Adun sekejap je, dah boleh masak dan makan. Selamat mencuba.

CARA MASAK LEMPENG KELAPA YANG LEMBUT & SEDAP


BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan nasi
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan kelapa muda parut
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Kisar nasi bersama air hingga halus. Tuang ke dalam bekas bersesuaian.

2. Masukkan tepung gandum, kelapa muda parut, secubit garam dan sedikit minyak masak. Adun adunan tadi hingga sebati.

3. Panaskan kuali, oles sedikit minyak dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuknya terpulang pada kreativiti masing-masing.

4. Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati. Lempeng kelapa ini enak dimakan bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.

Kredit resipi & foto: Hajah Zainab Bt Mawan

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Elina