Resipi Kurma Telur Bersama Kentang Dan Tau Kua (Tauhu)

Share

Kurma Telur sememangnya satu juadah yang sangat enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat. Ada juga cili padi untuk yang sukakan rasa pedas. Gigit sahaja. Pasti bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ni. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.

 

KURMA TELUR BERSAMA KENTANG DAN TAU KUA (TAUHU)

BAHAN-BAHAN:
8 biji telur – direbus
8 sudu makan serbuk kurmabeli online disini
1 sudu teh serbuk sup beli online disini
½ cawan air
1/2 biji bawang besar – dihiris beli online disini


2 cm halia – dihiris beli online disini
3 ulas bawang putih – dihiris 
8 biji cili padi merah beli online disini
9 biji cili padi hijau beli online disini
2 biji buah pelaga beli online disini
2 kuntum bunga cengkih beli online disini
1 kuntum bunga lawang beli online disini
1 keping kulit kayu manis beli online disini
1 helai daun pandan – disimpul
1 kiub pati ayam beli online disini
2 sudu makan santan kotak beli online disini
1 -1½ cawan air 
1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng beli online disini
1 keping (besar) Tau Kua @ tauhu – dipotong & digoreng

BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah beli online disini
4 ulas bawang putih beli online disini
5 tangkai cili kering beli online disini


(kisar sehingga lumat)

CARA MEMASAK:
1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan.
2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.


3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.


4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.


5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.


6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.


7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.


8. Kurma Telur Bersama Kentang dan Tau Kua sedia untuk dihidang.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN