Resipi Kuih Seri Muka Sempurna Rasa Anti Gagal

Share

Nak buat kuih seri muka ni mudah sangat sebenarnya, yang penting cukup bahan dan tak derhaka resipi gerenti menjadi kuih seri muka ni. Resipi kuih seri muka anti gagal ni telah dikongsikan oleh Suisan Aliezsha di Facebook hampir 5,000 likes! Wow mesti dah ramai berjaya buat kuih seri muka menggunakan resipi ni. Jom kita cuba!

KUIH SERI MUKA

BAHAN-BAHAN

BAHAGIAN BAWAH:

3 cawan pulut

2 cawan santan – BELI DISINI

Secubit garam

(Cuci pulut, toskan masukkan santan dan garam kukus dalam talam selama 25minit) angkat penyekkan bagi padat)

 

Makanan asyik lemau bila disimpan? Guna je Cuoco Stainless Steel Airtight Container ni gerenti makanan tersimpan rapi tak masuk angin. Kalau nak harga istimewa jangan lupa huna code RASGSP5 sebelum checkout disini!!

 

CARA PENYEDIAAN:

Cuci beras pulut & toskan.

Ratakan beras pulut dalam talam/loyang.

Masukkan santan yang telah diberi sedikit garam.

Kukus dalam talam/loyang selama 25minit

Kemudian angkat dan penyek2 pulut bagi padat

 

 

BAHAGIAN ATAS:

1 cawan tepung gandum – BELI DISINI

2 cawan santan – BELI DISINI

1 1/2 cawan gula pasir – BELI DISINI

Setengah cawan air pandan (kisar daun pandan)

1 sudu besar tepung jagung – BELI DISINI

1 biji telur

Secubit garam

 

CARA PENYEDIAAN:

Masukkan semua bahan-bahan kisar bagi adunan halus.

Kemudian masukkan ke dalam pulut yang telah dipadatkan.

Kukus 30 minit, siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Suisan Aliezsha

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

IKLAN