Resipi Kuih Lopes Daun Pisang, Cara Orang Lama Potong Guna Benang

Share

Kuih Lopes sememangnya digemari ramai. Dibungkus menggunakan daun pisang dan dipotong dengan benang, mengikut cara orang tua dulu-dulu. Namun sekarang, ramai yang memilih untuk memasak menggunakan cara yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, cara lama ini harus dikekalkan supaya ‘skill’ nya tidak pupus dek masa dan peredaran zaman. Anda suka makan Kuih Lopes Pulut yang dibalut dengan daun pisang?  Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional, perkongsian dari Opah Mas Cotek

ni boleh dicuba. Pasti puas hati dengan hasil dan rasanya. Memang terbaik. Sangat sesuai dijadikan sajian minum petang.

 

CARA MASAK KUIH LOPES DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:

BAHAN AIR GULA MELAKA:

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Daun pisang untuk membungkus
  • Tali atau getah untuk mengikat
  • Kelapa parut putih – gaul dengan sedikit garam

CARA MEMASAK:


1. Rendam beras pulut bersama air pandan dan abuchang. ( jika beras pulut biasa, rendam 1 malam. Jika guna pulut susu, rendam 4 jam sudah memadai.)
2. Kukus pulut selama ½ jam.


3. Bungkus pulut dalam daun pisang, kemaskan dengan mengikat menggunakan tali atau getah.


4. Rebus bungkusan pulut tadi selama 1 jam.


5. Sejukkan, potong dengan benang.


6. Gaul kepingan lopes bersama kelapa dan hidangkan dengan air gula melaka.


7. Untuk membuat air gula melaka, masak semua bahan hingga larut. Sejukkan dan tapis.

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN