Resipi Kuih Lompang Berlauk Yang Sedap Sangat, Guna Daging Burger Buat Rendang

Share

Kali ini apa kata kita masak Kuih Lompang Berlauk. Kalau tiada daging segar, tiada masalah. Boleh sahaja guna daging burger untuk masak rendang. Rendang kita buat lebih sedikit. Nanti bolehlah makan dengan roti dan juga nasi impit. Jom kita cuba resipi Kuih Lompang Berlauk seperti yang dikongsikan oleh Zainoor Aliza Ali

RESIPI KUIH LOMPANG BERLAUK

BAHAN UNTUK RENDANG:

10 keping daging burger (dipotong enam bahagian)


2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih – BELI ONLINE
1 inci halia –BELI ONLINE
1 inci lengkuas –BELI ONLINE
1 inci kunyit hidup – BELI ONLINE
2 sudu kecil serbuk kunyit – BELI ONLINE
20 tangkai cili padi – BELI ONLINE
1 senduk rata cili kering kisar
2 sudu besar ketumbar (disangai dan dikisar halus)
1 sudu kecil jintan manis (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE
1 sudu kecil jintan putih (disangai dan dikisar halus) – BELI ONLINE
4 batang serai (dititik)
1 cawan santan kara
3 cawan air
3 sudu besar kerisik – BELI ONLINE
2 helai daun kunyit (dimayang)
Garam

CARA MEMBUAT:

1. Bahan-bahan seperti  bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili padi dan cili kering kisar, dikisar halus dan ditumis hingga agak garing.

2. Masukkan ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Kacau sekata.

3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan seketika hingga terbit airnya.

4. Masukkan santan dan air. Masaklah hingga likat. Masukkan serai.

 

5. Perlahankan api. Masukkan kerisik dan garam.

6. Apabila sudah agak kering, masukkan daun kunyit. Kacau seketika. Ketepikan.

BAHAN LOMPANG:

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi


4 cawan air
1 sudu besar air kapur
Garam
Pewarna kuning

CARA MEMBUAT:

1. Kacau sebati kesemua bahan dan ketepikan.

2. Sapu minyak pada acuan.

3. Didihkan air kukusan. Apabila air telah mendidih panaskan acuan sekejap kemudian keluarkan.

4. Kacau bancuhan sebelum dimasukkan ke dalam acuan untuk elak mendapan. Sudukan ke dalam acuan. Kukus selama 10-12 minit.

 

 

5. Biarkan sejuk. Apabila sudah sejuk bolehlah dikeluarkan. Bolehlah sudukan rendang daging burger yang telah siap dimasak tadi. Bolehlah dihidangkan.

INFO: *untuk bancuhan ini boleh dapat 47  hingga 50 biji kuih lompang.
             *untuk bancuhan ini kalau guna tepung beras cap teratai, kurangkan air kepada 3 3/4 cawan)

Sumber kredit: Zainoor Aliza Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

IKLAN