Resipi Kuih Limas. Kuih Tradisional Negeri Perak Yang Sangat Sedap

Share

Kuih Limas, kuih tradisional yang menjadi kegemaran orang-orang Perak. Sekali imbas, rupanya seakan Kuih Tepung Pelita atau Kuih Sampan, namun ada sedikit perbezaan iaitu Kuih Limas ini dibuat menggunakan tepung gandum sahaja dan tidak menggunakan tepung beras. Nampak sedap kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Noriza Jaja ni. Jika tahu, boleh buat kelongsong atau acuan menggunakan daun pisang. Namun jika tidak pandai, boleh sahaja guna bekas plastik yang dilapik dengan daun pisang. Pasti sedap dijadikan sajian minum petang.

 

CARA BUAT KUIH LIMAS PERAK SECARA HOMEMADE

 

BAHAN LAPISAN BAWAH:

  • 2 cawan santan cair
  • 1 1/2 cawan jus air pandan
  • 4 sudu makan gula pasir beli online disini
  • 1 1/4 cawan tepung gandum & tambah 1 sudu besar tepung lagi.(sukatan ngam-ngam cantik)
  • Sedikit pewarna hijau beli online disini

CARA MENGADUN:

1. Campurkan semua bahan dan kacau sebati. Kemudian tapiskan.

BAHAN LAPISAN ATAS:

CARA MENGADUN:

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata. Tapis dan ketepikan.

2. Jika santan agak pekat boleh kurangkan sukatan tepung jadikan 1/2 cawan.

Empunta resipi guna santan yang diperah dari sebiji kelapa. Jadi kita kena pandai-pandai adjust sebab santan yang kita guna kadang-kadang tidak sama kepekatannya. Kuih Limas asli memang kepalanya agak lembut ya.

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • Kelongsong daun pisang@bekas plastik
  • Gula secukupnya

CARA MEMASAK:
1.Panaskan kukusan dan susun kelongsong dan isi 1 sudu besar gula (empunya resipi letak lebih sebab nak berair macam dalam gambar paling bawah)

2. Bila air sudah mendidih, masukkan adunan lapisan bawah (hijau).


3. Kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana. Bila sudah masak, sejukkan sebentar supaya bila tuang adunan lapisan atas, kuih tidak bercampur.
3. Apabila lapisan hijau su

dah sedikit sejuk, masukkan pula adunan lapisan atas. (Untuk lebih mudah, tuang guna senduk perlahan-lahan)

4. Kukus sekali lagi selama 10-12 minit menggunakan api sederhana. Apabila sudah masak, tutup api.
5. Kuih Limas siap untuk dihidang. Kuih ini boleh dinikmati ketika suam atau pun sejukkan di dalam peti terlebih dahulu.

Tips:

  • Kukus dengan api sederhana sahaja untuk mendapatkan permukaan kuih yang cantik.
  • Sejukkan lapisan bawah dulu supaya tidak bercampur adunan sebab kuih ini agak lembut.
  • Balut tudung pengukus supaya air tak jatuh ke atas kuih.
  • Empunya resipi guna santan segar.
  • Sebelum tuang adunan ke dalam acuan, kena kacau terlebih dahulu supaya adunan sebati.

Kredit resipi & foto: Noriza Jaja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN