Resipi Kuih Lapis Coklat Pandan Paling Mudah. Bahan Hanya Sukat Guna Cawan Je

Share

Sedapnya Kuih Lapis Coklat Pandan ni.Bagi anda yang sukakan Kuih Lapis, anda wajib cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Cik Pooja ini. Sungguh sedap dan lembut teksturnya malah cara memasaknya juga cukup mudah. Selain enak dimakan, hasilnya juga pasti tidak mengecewakan. Sangat berbaloi untuk dicuba.

CARA MASAK KUIH LAPIS COKLAT PANDAN

BAHAN-BAHAN:

BAHAN A:
2 cawan tepung beras cap Teratai beli online disini
1 cawan tepung gandum beli online disini
2 sudu makan tepung jagung beli online disini
2 cawan santan pekat


1 sudu teh garam

BAHAN B:
1 tin susu cair beli online disini
1 cawan santan
1 1/4 cawan gula pasir beli online disini
2 helai daun pandan (simpul)

BAHAN C:
3 sudu makan serbuk koko (bancuh dengan 4 sudu makan air suam. Kacau sebati) beli online disini
1 sudu teh pewarna hijau beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan B. Masak atas api sambil dikacau hingga gula larut. Angkat, ketepikan dan biarkan sedikit suam.
2. Dalam bekas berlainan, masukan semua bahan A. Kacau sebati.
3. Bila bahan B sudah suam, campurkan ke dalam bahan A. Kacau sebati dan tapis.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahangian.
5. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang telah dibancuh tadi. Satu bahagian lagi dicampur dengan pewarna hijau.


6. Panaskan kukusan. Bungkus penutup kukusan dengan kain untuk elak air menitis atas kuih.
7. Ambil loyang bersaiz 9×9 inci. Letak loyang tadi ke dalam kukusan supaya panas sekejap.
8. Untuk lapisan pertama, ambil senduk bulat dan sendukkan adunan coklat ke dalam loyang. Pastikan adunan rata dalam loyang. Kukus 5 minit guna api sedang.


9. Bila sudah cukup 5 minit, buka kukusan kemudian tuang adunan lapisan hijau pula. Tutup kukusan dan kukus lagi 5 minit.


10. Ulang langkah yang sama sehingga adunan habis.
11. Bila sampai lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
12. Bila Kuih Lapis telah masak, keluarkan loyang kuih lapis dari kukusan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong menggunakan pisau plastik.

Kredit resipi & foto: Cik Pooja

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN