Resipi Kuih Kole Kacang Yang Sedap, Mudah & Kurang Manis

Share

Kuih tradisional seperti Kuih Kole Kacang memang sedap. Kalau tabur banyak tahi minyak, lagi sedap. Namun tak ramai yang berani nak cuba buat kuih ini secara homemade kerana beranggapan ia susah untuk dihasilkan. Menerusi perkongsian saudari Noor Nira, beliau kongsikan resipi Kuih Kole Kacang yang sangat mudah dan sedap. Cubalah. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUIH KOLE KACANG & TAHI MINYAK

BAHAN-BAHAN:

  • 400gm tepung kacang hijau – beli tepung yang telah siap disangai. Ada dijual di kedai bakeri.
  • 500gm santan
  • 4 cawan air (cawan metrik)
  • 200gm air
  • 350gm gula merah
  • 2-3 helai daun pandan

BAHAN TAHI MINYAK:

  • 500gm santan
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:
1. Satukan air, gula merah dan daun pandan. Panaskan sampai gula larut dan hancur. Sejukkan.


2. Dalam bekas berasingan, masukkan tepung kacang hijau, santan, air dan air gula yang telah disejukkan.

3. Kacau sebati hingga menjadi adunan yang tidak berketul.
4. Masak campuran adunan tadi dalam kuali menggunakan api perlahan. Terus kacau sehingga adunan meletup-letup kecil.


5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian. Biarkan sejuk.
6. Untuk menyediakan tahi minyak, masak santan yang telah dicampur garam menggunakan api kecil keperangan. Tapis untuk buang lebihan minyak.


7. Tabur tahi minyak diatas kuih Kole Kacang tadi.


8. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Noor Nira

IKLAN