Resipi Kuih Keria Oren Inspirasi Daripada MUA Bellaz

Share

Resipi kuih keria oren ini adalah inspirasi daripada MUA Bellaz. Sedap dijadikan hidangan waktu pagi atau minum petang.

Tak susah pun nak membuatnya. Ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Siti Husni ini ye.

Resipi Kuih Keria Oren

Bahan-bahan:

1kg ubi keledek oren

2 cawan tepung gandum – boleh beli online di sini

1 sudu besar tepung beras – boleh beli online di sini

1/2 sudu majerin/planta – boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Bahan Untuk Sira Gula:

1 cawan gula – boleh beli online di sini

1 cawan air

Cara Memasak:

Basuh, potong dan rebus keledek sampai empuk. Biarkan suam kemudian lenyekkan.

Masuk semua bahan yang lain dalam keledek yang dilenyek tadi. Uli dengan tangan sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

Sapu tangan dengan minyak kemudian buat bulat-bulat. Lepas itu tekan buat lubang di tengah-tengah, macam buat dona. Cuma untuk keria ini kena buat saiz comel-comel sikit ye.

Dah siap semua, panaskan minyak dalam kuali. Gunakan api sederhana besar je ye.

Gorengkan keria sampai nampak warna kekuningan keemasan. Itu boleh lah angkat ye.

Untuk buat air sira, masukkan semua bahan dalam kuali. Buka api sederhana. Masak sira hingga mendidih dan berbuih. Kacau sampai pekat dan bertali. tutup api.

Masuk kuih keria tadi. Gaul cepat-cepat ye bagi sira gula salut rata semua kuih keria. Gaul-gaul sampai gula tadi kering dan nampak putih salut pada kuih keria tu. Siap!

P/S: Jangan tutup bekas kuih keria yang dah disalut dengan gula masa tengah panas ye. Nanti kuih jadi lembik dan gula cair.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA :

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN