Resipi Kuih Cara Berlauk Anti Gagal, Letak Inti Banyak-banyak Baru Puas Makan.

Share

Kuih Cara Berlauk Anti Gagal. Kuih ini antara kegemaran ramai yang boleh dijadikan hidangan ketika sarapan atau juga minum petang. Guna sahaja acuan yang ada di rumah dan letak inti banyak-banyak baru puas makan sendiri.

Menu macam ni nak masak dan bagi jiran atau saudara pun memang sesuai. Norzurah Samudin berkongsi resipi kuih cara berlauk anti gagal yang mudah anda nak buat. Selamat mencuba.

Resipi Kuih cara berlauk

BAHAN-BAHAN BATER:

2 cawan tepung gandum – beli online disini

2 cawan air

3/4 cawan santan – beli online disini

1 sudu makan minyak masak – beli online disini

1 biji telur

Sedikit garam

Sedikit pewarna kuning

>>Semua bahan dikisar kemudian ditapis

BAHAN-BAHAN INTI:

1/2kg daging kisar

1 biji bawang besar – dikisar

2 biji bawang putih – dikisar – beli online disini

Sedikit halia – dikisar

2 cawan air

1 sudu makan garam

1/2 sudu gula

Sedikit serbuk perasa

1/2 sudu makan blackpepper

2 sudu makan serbuk kari – beli online disini

CARA MEMASAK:

  1. Rebus daging kisar bersama 2 cawan air hingga kering
  2. Selepas itu tumis bahan yang dikisar
  3. Masukkan serbuk kari dan bahan bahan lain
  4. Godak bagi sampai rata
  5. Dah siap inti
  6. Panaskan acuan dulu dengan sedikit minyak masak
  7. Tuang adunan bater
  8. Masak gunakan api dapur paling kecil
  9. Tunggu separuh masak letak la inti daun sup lada besar merah dan bawang goreng tunggu sampai masak dah siap!

Kredit resipi dan foto: Norzurah Samudin

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN