Resipi Kuih Bom Labu Tanpa Minyak, Simple, Garing & Sedap

Share

Sedapnya Kuih Bom Labu ni. Garing diluar, lembut didalam. Walaupun tidak menggunakan inti, tapi rasanya tetap sedap. Lebih istimewa lagi, kuih ini dimasak tanpa menggunakan minyak. Wow… Bestnya! Sesuai bagi anda yang mahukan sajian yang lebih sihat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Linda Safar ni. Pasti puas hati.

 

CARA BUAT KUIH BOM LABU SEDAP TANPA GUNA MINYAK

BAHAN-BAHAN:

 

CARA MEMASAK:

1.Bersihkan labu dan kupas kulitnya. Kemudian kukus hingga lembut.

2. Satukan labu kukus bersama gula dengan secukupnya. Lenyek halus.

3. Masukkan tepung pulut. Sebatikan.

4. Ambil doh dan bentukkan bebola.

5. Salut bebola labi tadi ke dengan bijan hingga rata.

6. Susun dalam dulang pembakar yang telah dialas.

7. Masukkan dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180C selama 30 minit.

NOTA:

1.Sukatan bahan bergantung pada selera masing-masing.

  1. resipi Kuih Bom ini tiada inti jadi digantikan dengan labu yang dilenyek bersama gula.
  2. Untuk sajian anak kecil berumur 1 tahun keatas, tidak perlu tambah gula.
  3. Suhu boleh diubah mengikut Air Fryer atau ketuhar masing-masing. Boleh tambah masa jika lambat garing dan boleh kurangkan masa jika cepat garing.

Kredit resipi & foto: Linda Safar

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN