Resipi Kuih Bengkang Tumis Utara Yang Sedap & Mudah Buat.

Share

Petang-petang macam ni, memang sedap kalau dapat makan kuih muih manis. Bagi anda yang gemar makan kuih muih asli tradisional, boleh cuba buat Bengkang Tumis Utara hasil perkongsian saudara Are Peace. Nampak sedap! Jom cuba.

 

CARA MASAK KUIH BENGKANG TUMIS UTARA 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus pandan ( boleh juga guna sedikit perasa pandan dan campur dengan air menjadikan 1 cawan)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 kotak kecil santan
  • 2 sudu makan mentega
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 1/2 cawan air

Bahan B:

  • 4 – 5 ulas bawang merah | dihiris nipis
  • 2 sudu makan minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

1. Campurkan semua bahan A dan kisar hingga sebati. (guna blender je)

2. Masukkan 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bawang merah hingga harum dan kekuningan.(jangan sampai hangit.Agak-agak layu je sebab nanti bila bakar, bawang akan hangit.

3. Tuang bawang tumis ke dalam loyang dan seterusnya tuang adunan yang dikisar tadi.Bawang tumis tadi akan naik ke permukaan bengkang.

4. Seterusnya bakar di dalam ketuhar dengan suhu 180’c selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak. Guna api atas dan bawah.

5. Selamat mencuba!

 

Kredit resipi & foto: Are Peace 

IKLAN