Resipi Kuih Batang Buruk, Istimewa Untuk Hidangan Raya

Share

Kuih batang buruk, antara kuih raya yang masih ada peminatnya dan sentiasa mendapat permintaan.

Kalau ada yang inginkan nak buat kuih batang buruk ini untuk raya, bolehlah cuba dengan resipi yang dikongsikan ini.

 

BATANG BURUK

BAHAN-BAHAN:

300gram serbuk kacang hijau
200gram gula aising – beli online di sini
½ biji santan kelapa
300gram tepung gandum – beli online di sini


150gram tepung beras – beli online di sini
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan 

TONTON Wantan Goreng Mudah dan Ringkas

CARA-CARA:

1. Sangai serbuk kacang hijau di dalam kuali sehingga bau wangi. Sejukkan dan kisar sehingga halus bersama gula aising. Ketepikan ramuan.
2. Panaskan santan sehingga mendidih. Kemudian tutup api dan sejukkan di dalam air. Masukkan santan dalam bekas yang bahagian bawahnya direndam dengan air sejuk.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

3. Campurkan tepung gandum, tepung beras, telur ayam dan garam. Masukkan juga santan yang telah disejukkan tadi.
4. Gaulkan semua sehingga menjadi doh yang tidak melekat. Canai nipis dan potong ikut saiz anggaran 2cm x 3cm. Gulungkan menjadi seperti silinder berlubang.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Panaskan minyak. Goreng doh tadi sehingga warna keemasan.
6. Setelah sejuk, sumbatkan dengan inti serbuk kacang hijau tadi.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN