Resipi Kuetiau Kungfu Special Paling Simple & Sedap.

Share

Kalau ke gerai makan, menu Kuetiau Kungfu adalah menu yang digemari ramai. Tapi anda sebenarnya boleh je masak menu ni di rumah secara homemade. Hasilnya lebih istimewa dan sedap. Kos pun tak mahal. Jom cuba resipi perkongsian saudari Afy Al Habibi ni. Pasti puas hati.

 

CARA MASAK KUETIAU KUNGFU YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan kuetiau
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan putih telur
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk
  • Isi ayam secukupnya – hiris
  • 4-5 ekor sotong
  • 1 mangkuk kecil bunga kubis – hiris kecil
  • Sedikit kailan – potong kecil
  • Sedikit hirisan lobak merah
  • 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 5 sudu makan air
  • 1 gelas air
  • Sedikit serbuk rempah sup
  • Garam dan serbuk lada sulah secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Ambil kuetiau dan bilas dengan air panas. Toskan.
2. Letak kuetiau dalam pinggan. Pecahkan telur, perasakan dengan secubit dua garam dan lada sulah. Gaul sebati.


3. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kuetiau tadi hingga garing. Angkat dan ketepikan.


4. Seterusnya, tumis bawang putih hingga keperangan. Masukkan isi ayam dan biar masak seketika. Kemudian masukkan sotong.


5. Masukkan 1/2 sudu teh serbuk lada sulah dan secubit serbuk lada hitam.


6. Tambahkan juga secubit dua serbuk rempah sup. Kacau rata.


7. Kemudian masukkan air dan hirisan bunga kubis. Masak hingga bunga kubis lembut menggunakan api perlahan.


8. Tuang bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan yang dikehendaki.


9. Perasakan kuah dengan sedikit garam dan juga gula.


10. Selepas rasanya cukup, tuang putih telur dan kacau laju.


11. Tambahkan kailan dan lobak merah. Masak seketika hingga sayur sedikit lembut. Padamkan api.


12. Tuang kuah ke dalam pinggan kuetiau yang telah digoreng tadi.


13. Hidangkan bersama cili kicap.

 

Kredit resipi & foto: Afy Al Habibi

 

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA:

IKLAN