Resipi Kuetiau Celup Daging Homemade Ala Boat Noodles

Share

Anda penggemar sajian Kuetiau Celup Daging @ Kuetiau Sup Daging seperti di restoran Boat Noodle? Boleh cuba resipi perkonsian saudari Leeya Bridal Melaka ini. Supnya sangat mudah disediakan dan tentunya anda boleh hasilkan sendiri di rumah tanpa rasa susah. Jom cuba. Tentu nikmat terasa.

 

CARA MEMASAK KUETIAU CELUP DAGING ALA BOAT NOODLE

BAHAN-BAHAN:
Daging secukupnya
2 ulas bawang putihbeli online disini
2 inci halia
3 sudu makan gula
3 sudu makan kacang goreng tumbuk beli online disini
1 sudu makan serbuk cukup rasa


4 sudu makan kicap manis beli online disini
1 sudu garam @ secukupnya
2 sudu makan minyak bawang putih
Kicap sotong thai secukupnya @ Sos ikan beli online disini
2-3 akar daun ketumbar
Bebola daging secukupnya
Kuetiau kering – rebus
Kuetiau halus segar ni
Air secukupnya untuk kuah (empunya resipi guna periuk saiz 32 inci)

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
Daun ketumbar
Tauge
Cili jeruk
Limau nipis
Kacang tabur (kacang tumbuk)
Serbuk cili beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Rebus daging bersama bawang putih dan halia.


2. Masukkan juga gula, kacang tumbuk, secukup rasa, kicap manis dan garam halus dengan secukupnya. Sebatikan.


3. Seterusnya masukkan minyak bawang putih dan kicap sotong thai. Boleh juga guna sos ikan.


4. Masukkan akar ketumbar dan bebola daging. Rebus sehingga sup mendidih dan semua bahan meresap dan cukup rasa. Ketepikan.


5. Didihkan air dan rebus kuetiau kering hingga lembut. Toskan.


6. Jika suka, boleh juga guna kuetiau halus segar.


7. Untuk menikmati Kuetiau Celup Daging ini, masukkan kuetiau ke dalam mangkuk dengan secukupnya.
8. Letak hirisan daging yang dihiris nipis, bebola daging yang dipotong kecil, daun ketumbar, serbuk cili, kacang tumbuk dan tauge.


9. Tuang sup dengan secukupnya dan jika nak kuah sup jadi lebih gelap, tambahkan lebih kicap.
10. Nikmati bersama cili jeruk dan perahan jus limau nipis untuk rasa lebih enak.

Kredit resipi & foto: Leeya Bridal Melaka

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN