Pecal atau dipanggil pecel adalah hidangan masyarakat jawa yang cukup terkenal. Ala salad untuk orang jawa, semua bahan-bahan dicelur atau digoreng dan kuah dibuat dengan bahan utama adalah kacang tanah.

RESIPI KUAH PECAL MAK TON

Sayur Sayur yang di gunakan:

  • Pucuk Ubi
  • Pucuk Paku
  • Kangkung
  • Paku Rawan
  • Nangka muda
  • Jantung pisang
  • Taugeh

Cara Menyediakan:

  1. Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakan sayur menjadi layu selepas dicelur ( over cooking)
  2. Celur semua sayur dan toskan supaya kering
  3. Tauhu di goreng
  4. Timun

 


Resepi Kuah Pecal:

  • 500gm kacang tanah india
  • 10biji bawang kecil ros
  • 5biji. bawang putih
  • 1/2inch belacan
  • 3 cawan air
  • 2 sudu asam jawa
  • 1keping gula kabung

Cara Menyediakan

  1. Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan
  2. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan
  3. Goreng belacan sehingga garing ketepikan
  4. Goreng cili kering sehingga garing ketepikan
  5. Blender bahan satu persatu dengan 3’cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang di gunakan tadi
  6. Asam jawa di ramas bersama air tadi kemudian di masukan ke dalam kuali
  7. Gula kabung di masukan bersama
  8. Menggelegakan sehingga pekat dan garamkan
  9. Sedia untuk di hidangkan

Kredit: Aezach AR