Resipi Kuah Meatball Ala Ikea, Buat Kat Rumah Mudah & Sedap!

Share

Resipi kuah meatball ala Ikea boleh buat di rumah sahaja, mudah dan sedap. Sesekali bila terasa nak makan Swedish Meatball seperti di Ikea tapi jauh nak ke sana, boleh buat sendiri sahaja kuah yang persis dengan rasa makan di restoran.

Beli sahaja meatball dan buat kuah dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Liza Idris berkongsi resipi kuah meatball yang diinspirasikan dari restoran Ikea. Selamat mencuba!

Kuah Meatball Ala Ikea

Bahan-bahan:

Meatball

Bahan-bahan kuah:-

1 biji bawang holand.
2 biji tomato saiz sederhana.
1 kuib pati ayam.
2 sudu tepung gandum.
1 gelas susu segar kotak.
1 gelas air.
2 sudu sos tomato.
2 sudu sos tiram.
2 sudu kicap biasa.
3 sudu sos black pepper.
2 sudu buttercup.

Cara Memasak:

1.Panaskan kuali, masuk 2 sudu buttercup. Tak kisahla butterglass ke, butterbowl ke, asalkan adik beradik butter

  1. Butter dah mencair, masuk hirisan bawang holand yang dipotong dadu. Kacau bawang sampai layu di tasik madu.
  2. Masuk 2 sudu tepung gandum. Kacau dan kacau biar sebati.
  3. Letak tomato dan kacau lagi.
  4. Tuang 1 gelas susu segar. Jenama apa pun boleh.
  5. Masuk pula air 1 gelas. Kacau dan kacau lagi.
  6. Masuk semua sos sekali jalan. Senang kerja. Kacau sampai sebati.
  7. Letak 1 kiub pati ayam.
  8. Garam secukup rasa.
  9. Kuah dah siap. Biar sejuk sekejap.
  10. Masuk kuah dalam pengisar dan blend.
  11. Panaskan kuali, masuk 2 sudu butter dan goreng meatball. Guna minyak masak pun boleh. Sajala guna butter untuk rasa lebih lemak lagi. Kemudian goreng kentang goreng.
  12. Saya guna sayur campur yang ada dalam peti ais je. Rebus bagi lembut.
  13. Susun meatball dalam pinggan dan tuang kuah tadi. Hias dengan sayur dan kentang goreng.
  14. Siap!

Kredit resipi dan foto: Liza Idris

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN