Resipi Kerepek Ubi Kayu Sira Gula, Jajan Orang Zaman Dulu-Dulu

Share

Suka makan Kerepek Ubi Kayu Sira Gula? Snek orang dulu-dulu yang tentunya sangat sedap dan menggamit nostalgia. Mudah sahaja cara penyediaannya. Sesuai dicuba oleh anda yang sudah lama nak makan kerepek ini. Jarang ada jual di kedai tau. Jom cuba guna resipi perkongsian saudari Munierah Eyra ni. Pasti menjadi.

 

CARA MEMASAK KEREPEK UBI KAYU SIRA GULA YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:

CARA MEMASAK:

1.Kupas ubi kayu dan rebus hingga empuk.

2.Kemudian hiris nipis-nipis, susun atas dulang dan jemur hingga kering.

3. Bila kepingan ubi kayu telah kering, panaskan minyak masak dan goreng seperti kita menggoreng kerepek biasa.

4. Bila kepingan ubi kayu sudah kelihatan garing, angkat dan toskan minyaknya.

5. Sejukkan kerepek terlebih dahulu sebelum disira gula. Jika tidak suka kerepek yang manis, bolehlah terus dimakan.

6. Untuk membuat sira guna, masak air bersama gula di dalam kuali hingga likat. Jumlahnya bergantung pada jumlah kerepek yang anda hasilkan.

7. Bila gula keliahatn likat, masukkan kepingan kerepek ubi yang digoreng tadi. Gaul rata hingga semua bersalut rata.

8. Kerepek Ubi Kayu sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Muierah Eyra

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN