Resipi Kerang Goreng Kunyit Berkentang Sedap. Begini Cara Masaknya

Share

Bila sebut pasal kerang, biasanya kita akan bakar, rebus, rendang atau masak sambal sahaja. Jemu juga. Sesekali tukar selera, masak Kerang Goreng Kunyit pun sedap tau. Penambahan ubi kentang membuatkan sajian ini jadi lebih enak dan wangi. Saudari Liza Idris ada berkongsi resipi mudah yang boleh anda cuba. Katanya menu ini digemari anak-anak dan dinikmati dengan penuh berselera walaupun tanpa nasi. Jom cuba. Resipi pun sangat mudah. Pasti memikat selera.

RESEPI KERANG GORENG KUNYIT BERKENTANG

BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk isi kerang
2 biji ubi kentang – hiris nipis & goreng terlebih dahulu beli online disini
1 biji bawang besar – hiris nipis & bahagi 2 bahagian beli online disini
3 ulas bawang putihbeli online disini
1 biji cili besar 
3 biji cili padi
1 sudu makan serbuk kunyit beli online disini
2 sudu makan sos tiram beli online disini
Sedikit air

CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng kerang. Kacau dan biarkan masak.

2. Masuk bawang besar dan bawang putih ke dalam kuali. Kacau sampai bawang sedikit layu.

3. Masuk cili besar dan cili padi. Masuk juga serbuk kunyit pula. Kacau sampai rata dan berkunyit.

4. Seterusnya masukkan sos tiram. Kacau lagi hingga sebati dan bersalut.

5. Tambahkan sedikit air.

6. Seterusnya masukkan kentang yang telah digoreng tadi.

7. Masuk lebihan hirisan bawang sekali lagi. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.

8. Kerang Goreng Kunyit Berkentang siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Liza Idris

 

Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.

Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN